JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas

JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Advertisement Malaysia JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas BERNAMA 13/02/2026 | 21:30 MYT Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis barangan dengan nilai keseluruhan termasuk cukai mencecah RM169.2 juta sepanjang bulan lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis barangan dengan nilai keseluruhan termasuk cukai mencecah RM169.2 juta sepanjang bulan lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.Beliau berkata jumlah itu hasil daripada kejayaan menggagalkan 646 cubaan menyeludup dan menyeleweng duti serta cukai kastam sepanjang Januari tahun ini.Advertisement Anis Rizana berkata lima rampasan utama terdiri daripada kenderaan sebanyak RM65.26 juta, rokok (RM38.68 juta), lain-lain komoditi (RM31.41 juta), minuman keras (RM25.31 juta) dan dadah (RM7.51 juta).”Rampasan mercun serta bunga api pula berjumlah RM1.03 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan pacuan empat roda sumbangan Kerajaan Negeri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. Beliau berkata JKDM juga telah merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bulan lepas berbanding unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan sebanyak RM800 juta.Anis Rizana berkata berdasarkan kutipan semasa serta perancangan yang dirangka secara rapi, JKDM optimis sasaran tahunan sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan (MoF) akan dapat dicapai.Katanya pada tahun lepas, JKDM telah berjaya mencatatkan prestasi cemerlang dalam kutipan hasil berjumlah RM76.18 bilion sekali gus melepasi unjuran hasil yang ditetapkan MoF.– BERNAMA Topic Berkaitan #JKDM #rampasan #Jabatan Kastam Diraja Malaysia #cukai Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 3 hours ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 3 hours ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 3 hours ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 3 hours ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *