Jumlah kargo di Asia kekal kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik

Jumlah kargo di Asia kekal kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Lebih 60 peratus rakyat AS bantah operasi terhadap Iran – Tinjauan Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Bisnes Jumlah kargo di Asia kekal kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik Bernama 26/03/2026 | 21:34 MYT Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia termasuk Westports tidak mengalami kesesakan ketara, membolehkan operasi diteruskan dengan cekap. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Jumlah kargo di rantau Asia kekal kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik global, didorong oleh kepelbagaian pasaran China dan penyusunan semula rantaian bekalan berterusan ke Asia Tenggara, kata Pengarah Urusan MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) Ooi Lean Hin.Beliau berkata trend itu dijangka berterusan dalam jangka masa terdekat walaupun kesan sepenuhnya peralihan kargo mungkin mengambil masa 18 bulan hingga 24 bulan apabila kilang berpindah dan meningkatkan pengeluaran.Advertisement “Tahun lepas, eksport dari China ke Amerika Syarikat susut kira-kira 30 peratus, manakala eksport dari Asia Tenggara ke AS meningkat 23 peratus, mencerminkan penjajaran semula rantaian bekalan yang berterusan.“Bagaimanapun, had pengeluaran di Asia Tenggara bermakna kebanyakan kargo ini akan tiba dalam tempoh 18 bulan hingga 24 bulan akan datang, memacu fasa pertumbuhan seterusnya,” katanya.Ooi berkata kargo berkenaan kebanyakannya untuk pasaran Barat dan akan diangkut/dihantar melalui pelabuhan hab di sepanjang Selat Melaka. Kesan konflik Asia Barat terhadap perkapalanMengenai kesan ketegangan geopolitik di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz, Ooi berkata isu perkapalan sebahagian besarnya tertumpu kepada rantau Teluk.“Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia termasuk Westports tidak mengalami kesesakan ketara, membolehkan operasi diteruskan dengan cekap,” katanya.Beliau menekankan bahawa Malaysia berada pada kedudukan baik untuk menampung pertumbuhan jumlah kargo dijangkakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang serta disokong oleh perdagangan intra-Asia yang kukuh dan ekonomi serantau berdaya tahan. Trend kadar tambang pengangkutan pengangkutan di sebalik konflikMengenai tambang kadar pengangkutan, Ooi berkata kadar tambang meningkat serta-merta pada permulaan konflik Asia Barat terutamanya untuk penghantaran ke rantau Teluk dengan kos ke destinasi seperti Jeddah melonjak secara mendadak di tengah-tengah kapasiti lebih ketat dan permintaan lebih tinggi.“Sebuah kontena bersaiz 20 kaki ke Jeddah kini bukan sahaja membawa kadar tambang lebih tinggi tetapi juga premium risiko peperangan disebabkan oleh ancaman keselamatan di Laut Merah.“Bagaimanapun, gangguan Selat Hormuz mempunyai kesan minimum terhadap kargo kontena kerana kebanyakan trafik Asia-Eropah transit melalui Terusan Suez,” katanya.Beliau berkata sesetengah kapal kini dilencongkan laluan melalui Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di Afrika Selatan dan pelabuhan alternatif di Oman, Turkiye serta Laut Merah yang menambah masa perjalanan kira-kira dua minggu bagi setiap perjalanan atau sehingga sebulan untuk satu pelayaran lengkap.Ini meningkatkan penggunaan bahan api, mengurangkan ketersediaan kapal dan menaikkan kadar tambang, katanya. Kadar sewaan dan tinjauan segmen penghantarMengenai kadar sewaan, Ooi berkata ia kekal kukuh di tengah-tengah bekalan perkapalan global yang terus terhad, diburukkan lagi oleh ketegangan geopolitik. MTTSL mempunyai dua kapal bakal menamatkan tempoh sewaan dengan perbincangan bagi pembaharuan menunjukkan kadar tinggi sedikit.Bagi segmen penghantaran, melibatkan kapal di bawah 2,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dan antara 2,000 TEU serta 4,000 TEU, pesanan pembinaan baharu sehingga 2030 hanya mewakili 38 peratus daripada kapal yang akan diberhentikan, sekali gus menunjukkan pertumbuhan bekalan terhad. Beliau turut berkata bahawa keperluan penyahkarbonan Pertubuhan Maritim Antarabangsa dijangka terus mengehadkan kapasiti. “Permintaan bagi kapal penghantar kekal kukuh, disokong oleh pertumbuhan perdagangan antara-Asia, dan perkhidmatan penghantaran ke hab pindah kapal utama termasuk Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.“Kapal besar bersaiz 20,000 TEU tidak sesuai bagi laluan serantau ini, sekali gus mengukuhkan lagi kepentingan kapal yang lebih kecil dalam armada kami,” katanya. Sementara itu, MTTSL bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 26 April depan, mengendalikan sebanyak 26 kapal termasuk 24 miliknya sendiri dengan jumlah keseluruhan kapasiti nominal 29,149 TEU.Daripada jumlah itu, 15 kapal kontena dikendalikan secara langsung di bawah rangkaian perkhidmatan syarikat tersebut, manakala 11 disewakan kepada rakan kongsi kapal penghantar utama. Syarikat itu juga menguruskan enam set kapal tunda dan tongkang disewa daripada pihak ketiga dan memperoleh set tambahan pada Januari, 2026.Ia turut memiliki 18,026 kontena dan memajak 5,977 unit lagi. “Armada kami sudah beroperasi sepenuhnya. Sebanyak 15 kapal beroperasi di bawah rangkaian perkhidmatan kami sendiri, manakala 11 lagi disewa kepada kapal penghantar utama lain bagi menyokong rangkaian penghantaran mereka,” katanya. Bagi pelaksanaan IPO MTTSL, CIMB Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, penaja jamin pengurusan dan penaja jamin bersama.CLSA Ltd dan CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd pula ialah penyelaras global bersama dan penyelaras bersama, manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd ialah penyelaras bersama dan penaja jamin bersama. — BERNAMA Topic Berkaitan #MTT Shipping and Logistics #Ooi Lean Hin #perkapalan #sewaan #pengangkutan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lebih 60 peratus rakyat AS bantah operasi terhadap Iran – Tinjauan 13 minutes ago Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat 4 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal 5 hours ago Dunia Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA 5 hours ago Malaysia Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *