Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah

Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan Advertisement Dunia Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah Astro AWANI 25/02/2026 | 08:15 MYT OpenAI berkata ia telah menghubungi Polis Diraja Kanada selepas kejadian tembakan itu dan mengesahkan pemimpin kanan akan ke Ottawa untuk bertemu pegawai Kanada bagi membincangkan langkah keselamatan dan ambang pelaporan mereka. – REUTERS ISTANBUL: Menteri kecerdasan buatan Kanada memanggil wakil OpenAI ke Ottawa selepas mengetahui bahawa remaja di sebalik insiden tembakan rambang di Tumbler Ridge, British Columbia, disekat daripada ChatGPT beberapa bulan sebelum serangan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA), yang memetik media tempatan.Menteri Kecerdasan Buatan dan Inovasi Digital Evan Solomon pada Isnin berkata bahawa syarikat itu telah menyekat akaun Jesse Van Rootselaar pada Jun selepas ia ditandakan kerana kandungan yang membimbangkan, namun tidak memaklumkan pihak polis kerana tidak menemui sebarang ancaman yang kredibel atau mendesak pada masa itu, menurut CBC News.Advertisement Van Rootselaar membunuh ibu dan saudara tirinya pada 10 Feb sebelum pergi ke sebuah sekolah menengah tempatan, apabila dia menembak mati lima pelajar dan seorang pembantu pendidikan, kemudian membunuh diri sendiri, kata pihak berkuasa.The Wall Street Journal pertama kali melaporkan bahawa akaun tersebut telah ditandakan berikutan hantaran yang merangkumi senario melibatkan keganasan senjata api.OpenAI berkata ia telah menghubungi Polis Diraja Kanada selepas kejadian tembakan itu dan mengesahkan pemimpin kanan akan ke Ottawa untuk bertemu pegawai Kanada bagi membincangkan langkah keselamatan dan ambang pelaporan mereka.Solomon berkata beliau “amat terganggu” dengan laporan tersebut dan telah meminta syarikat itu menjelaskan dasar peningkatan mereka. Beliau enggan menyatakan sama ada Ottawa berhasrat untuk mengawal selia bot sembang kecerdasan buatan, sambil menambah bahawa semua pilihan tetap dalam pertimbangan.– BERNAMA Topic Berkaitan #sekat akaun #OpenAI #Kanada #tembakan rambang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan 2 minutes ago Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut 17 minutes ago Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan 32 minutes ago Dunia Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah 46 minutes ago Malaysia Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari 1 hour ago Malaysia Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *