Kanak-kanak perempuan maut, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Kanak-kanak perempuan maut, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam Bernama 24/03/2026 | 21:15 MYT Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kolam air buangan berhampiran dengan kediamannya di Simpang 4 Permatang Pelandok, Teluk Intan, semalam. – Foto Sinar Harian IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kolam air buangan berhampiran dengan kediamannya di Simpang 4 Permatang Pelandok, Teluk Intan, di sini semalam.Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 9.24 malam.Advertisement “Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7 malam apabila mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam berkenaan.“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati kolam terbabit tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti penghadang atau penutup, dengan anggaran kedalaman kira-kira empat kaki.“Ketika kejadian, ahli keluarga dipercayai sedang mengemas rumah selepas berlangsung satu majlis sebelum menyedari kehilangan mangsa.“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan dan siasatan lanjut masih diteruskan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” menurut kenyataan itu.Chua turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memastikan kanak-kanak berada di bawah pengawasan rapi, khususnya di kawasan berisiko seperti kolam, longkang dan parit.Beliau berkata langkah pencegahan seperti pemasangan penghadang atau pagar keselamatan perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.– BERNAMA Topic Berkaitan #Kanak-kanak #perempuan #kolam #Polis Daerah Hilir Perak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ 47 minutes ago Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 51 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 52 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 1 hour ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kanak-kanak perempuan maut, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam
