KBS berhasrat perluas kerjasama dengan rumah ibadat lain bina sahsiah golongan belia

KBS berhasrat perluas kerjasama dengan rumah ibadat lain bina sahsiah golongan belia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal Advertisement Malaysia KBS berhasrat perluas kerjasama dengan rumah ibadat lain bina sahsiah golongan belia Seth Akmal 16/02/2026 | 22:02 MYT Taufiq berkata menyatakan pihak KBS sentiasa terbuka terhadap semua pihak yang mempunyai matlamat ke arah perpaduan melibatkan golongan belia. – Astro AWANI. PUTRAJAYA: Aktiviti mengimarahkan masjid dilihat dapat melahirkan golongan belia yang berdisiplin, penuh ilmu sahsiah jati diri sebagai pelapis masa dengan negara.Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata, kementeriannya turut berhasrat melebarkan kerjasama dengan rumah ibadat agama lain sebagai inisiatif agenda pembangunan belia.Advertisement Menurutnya, cadangan itu akan merangkumi tokong, kuil, wat, gereja dan rumah ibadat lain bagi memastikan sahsiah jati diri belia dapat dibentuk tanpa mengira agama dan bangsa.“Tidak terhenti di masjid semata-mata, KBS turut akan bekerjasama dengan rumah ibadat lain…semua  pihak perlu dibentuk sahsiah jati diri untuk menjadi pemimpin masa depan yang berkualiti,” katanya ketika sidang media di majlis pra-peluncuran Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan di sini hari ini.Malah Taufiq turut menyatakan pihak KBS sentiasa terbuka terhadap semua pihak yang mempunyai matlamat ke arah perpaduan melibatkan golongan belia.Tegasnya, peranan belia adalah penting dalam menyatukan masyarakat ketika menghadapi cabaran berbentuk sifat perkauman.“Sekiranya ada keretakan melibatkan kaum, golongan belia yang harus menjadi jambatan atau penghubung untuk memastikan keharmonian negara kekal,” katanya.Turut hadir di majlis berkenaan ialah  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Menyentuh mengenai program tersebut, Taufiq berkata, pelbagai pengisian melibatkan kerjasama antara kedua-dua kementerian telah dirangka untuk para belia.“Kementerian Hal Ehwal Agama boleh mengisi program-program kerohanian manakala KBS akan menyediakan program kepimpinan di peringkat masjid,” katanya.Tambahnya, kemuncak program tersebut ialah Iftar MADANI bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Februari depan yang dijangka menghimpunkan kira-kira 10,000 pengunjung daripada pelbagai lapisa masyarakat.Pada masa sama, Taufiq turut menyatakan Program Rakan Muda Ramadan akan melibatkan 15 buah negeri dan 113 buah daerah di seluruh negara melibat 5,800 peserta. Topic Berkaitan #Taufiq Johari #perpaduan #rumah ibadat #sahsiah #Belia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat 44 minutes ago Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal 47 minutes ago Malaysia Keunikan tradisi makan besar lambang perpaduan Malaysia 51 minutes ago Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai 1 hour ago Sukan Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *