KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS

KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS Faida Rahim 26/02/2026 | 21:20 MYT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap ketika sidang media sewaktu mengadakan lawatan tinjauan Operasi Khas Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah hari ini. – Foto BERNAMA PELABUHAN KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan kesediaan untuk menyokong keperluan penggunaan senjata api dalam kalangan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, langkah tersebut penting bagi memperkukuh aspek keselamatan, khususnya ketika pegawai melaksanakan tugasan di pintu masuk negara.Advertisement “AKPS yang baru setahun ditubuhkan berpeluang menyusun atur kekuatan dan kesiapsiagaan berasaskan cabaran semasa. “Prinsip mereka jelas, mengawal serta menguatkuasakan pergerakan manusia dan barangan di 122 pintu masuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Tinjauan Sempena Operasi Khas Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah, Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang pada Khamis.Beliau menegaskan, sekiranya ada keperluan penggunaan senjata api, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan AKPS untuk menentukan susun atur terbaik.“Saya bersama Ketua Setiausaha KDN memberi sokongan supaya agensi dapat menjalankan tugas dengan berkesan, di samping menjamin keselamatan pegawai dan anggotanya,” katanya.Dalam pada itu, mengulas mengenai insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam, Saifuddin memaklumkan satu sidang media khas akan dibuat oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah pada Jumaat.Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak menolak kemungkinan wujud pihak yang terjejas susulan tindakan penguatkuasaan, sehingga mencetuskan risiko ancaman terhadap pegawai dan anggota.Shuhaily berkata, ancaman seperti itu telah dijangka dan dalam ucapan beliau kepada komander, beliau sudah mengingatkan pegawai serta anggota agar berwaspada terhadap sebarang ugutan jenayah. Topic Berkaitan #KDN #AKPS #saifuddin nasution ismail #SENJATA API Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 6 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 16 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *