KDN siasat elemen jenayah terancang – Saifuddin Nasution

KDN siasat elemen jenayah terancang – Saifuddin Nasution | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram Advertisement Malaysia KDN siasat elemen jenayah terancang – Saifuddin Nasution Bernama 28/02/2026 | 22:45 MYT Saifuddin Nasution berkata antara fokus utama siasatan termasuk kemungkinan penglibatan kumpulan itu dalam kegiatan penyeludupan barangan, penyeludupan manusia dan migran, pemerdagangan manusia serta ancaman terhadap penguat kuasa. – Gambar fail/Bernama MACHANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan wujud elemen jenayah terancang, susulan penahanan sembilan individu yang disyaki terbabit dalam insiden melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, Rabu lepas.Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya ia merupakan jenayah terancang, ia perlu memenuhi kriteria di bawah Seksyen 130V (Kanun Keseksaan), iaitu melibatkan dua atau lebih individu yang memperoleh manfaat, sama ada melalui pengaruh atau wang ringgit.Advertisement “Kita masih meneliti sama ada mereka ini bertindak sebagai satu kumpulan,” katanya dalam sidang media selepas program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Kampung Simpul Belubang, di sini.Beliau berkata kes berkenaan belum diklasifikasikan sebagai jenayah terancang kerana proses pengumpulan bukti masih dijalankan.”Semalam kita menahan dua lagi individu, menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini sembilan orang. Kumpulan itu terdiri daripada lapan lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing.””Pihak polis juga akan memohon perintah reman ke atas dua suspek yang baru ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Pelbagai hipotesis siasatan sedang dikaji,” katanya.Saifuddin Nasution berkata antara fokus utama siasatan termasuk kemungkinan penglibatan kumpulan itu dalam kegiatan penyeludupan barangan, penyeludupan manusia dan migran, pemerdagangan manusia serta ancaman terhadap penguat kuasa.Menyentuh mengenai motif insiden, beliau tidak menolak kemungkinan ia merupakan bentuk tindak balas dendam sindiket susulan tindakan tegas kerajaan memperketatkan kawalan sempadan baru-baru ini.Sebelum ini, polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 52 tahun dalam beberapa serbuan di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis, pada hari yang sama selepas kejadian.Insiden itu berlaku apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandu Mohd Nasaruddin ditembak pada pukul 5.40 pagi di susur masuk Masjid Muhajirin, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Suspek yang menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata separa automatik ke arah kenderaan mangsa.– BERNAMA Topic Berkaitan #KDN #jenayah #AKPS #tindak balas Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun 43 minutes ago Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye 58 minutes ago Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram 1 hour ago Malaysia Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV 5 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Dunia Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *