Kebenaran mercun "Pop-Pop", "Happy Boom" tertakluk permit ketua polis daerah – KPN | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Malaysia Kebenaran mercun "Pop-Pop", "Happy Boom" tertakluk permit ketua polis daerah – KPN Bernama 17/02/2026 | 18:44 MYT Beliau berkata pendekatan pengawalan yang dilaksanakan adalah atas faktor ketenteraman awam bagi memastikan keselamatan masyarakat. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kebenaran pemilikan dan pengimportan bunga api jenis “Pop-Pop” dan “Happy Boom” sempena Tahun Baharu Cina masih tertakluk pada permit yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah serta pematuhan spesifikasi dan syarat ditetapkan.Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan berkata perihal pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun dan bunga api tertakluk pada peruntukan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.Advertisement Beliau berkata pendekatan pengawalan yang dilaksanakan adalah atas faktor ketenteraman awam bagi memastikan keselamatan masyarakat serta mengelakkan risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti.Mohd Khalid berkata tindakan undang-undang boleh diambil mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Bahan Letupan 1957.“Masyarakat dinasihatkan agar bermain bunga api di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan berwaspada semasa bermain bunga api agar tidak mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan kegusaran pada penduduk setempat,” katanya.Beliau turut menyeru orang ramai agar mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang dalam memastikan sambutan Tahun Baharu Cina harmoni dan selamat.– BERNAMA Topic Berkaitan #KPN #Mohd Khalid Ismail #Mercun #Tahun Baharu Cina #kebenaran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 37 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 52 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kebenaran mercun "Pop-Pop", "Happy Boom" tertakluk permit ketua polis daerah – KPN
