Keberanian penguat kuasa pertaruh nyawa wajar dihargai – Fahmi

Keberanian penguat kuasa pertaruh nyawa wajar dihargai – Fahmi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia Keberanian penguat kuasa pertaruh nyawa wajar dihargai – Fahmi Bernama 26/02/2026 | 21:05 MYT Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata anggota penguat kuasa sanggup mengambil risiko terhadap diri sendiri dalam membanteras jenayah demi keselamatan negara. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Keberanian pasukan penguat kuasa termasuk Agensi Perlindungan dan Kawalan Sempadan (AKPS) wajar dihargai kerana mereka berdepan ancaman terhadap diri serta keluarga ketika menjalankan tugas.Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata anggota penguat kuasa sanggup mengambil risiko terhadap diri sendiri dalam membanteras jenayah demi keselamatan negara.Advertisement Pada masa sama, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada semua agensi penguat kuasa yang menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.”Saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Komander AKPS Bukit Kayu Hitam kerana tegas dalam tindakan beliau,” katanya kepada media ketika melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Pantai Dalam di sini hari ini.Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu mengulas mengenai insiden Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang ditembak semalam.Dalam insiden itu, Mohd Nasaruddin terselamat daripada terkena peluru selepas kenderaan Proton X70 beliau ditembak oleh dua suspek tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal.Di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata suspek yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Mohd Nasaruddin berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam, dan proses soal siasat sedang dilakukan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Keberanian #penguat kuasa #AKPS #Fahmi Fadzil Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 6 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 16 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *