Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil

Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan Advertisement Malaysia Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil Bernama 06/03/2026 | 21:00 MYT Muhammad Kamil (dua,kiri) menyarungkan topi keledar kepada penerima, Muhammad Kamil Tajol (kanan) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI di Dewan Komuniti Sungai Tapah hari ini. – Gambar Bernama IPOH: Kementerian Kewangan sedang meneliti langkah sewajarnya bagi mengekalkan harga minyak pada kadar sedia ada meskipun berdepan cabaran lonjakan harga minyak mentah dunia yang kini telah melepasi paras USD100 setong.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata situasi ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat di Asia Barat ketika ini dijangka memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan minyak global serta memberi tekanan terhadap kestabilan ekonomi di kebanyakan negara termasuk Malaysia.Advertisement “Kerajaan pada hari ini masih lagi meneliti dan mengikuti dengan rapat perkembangan itu dari semasa ke semasa, memastikan segala perancangan yang melibatkan ekonomi dapat kita tangani dan hadapi dengan keadaan yang lebih bersedia. “Setakat ini, keadaannya masih lagi baik tetapi kita jangka akan ada beberapa langkah penting yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan setidak-tidaknya keadaan ekonomi tempatan ini dapat berada dalam keadaan yang terkawal,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Motosikal Di Bawah Inisiatif Sejahtera MADANI di Dewan Komuniti Sungai Tapah di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana kerajaan menangani subsidi dan sebagainya, kesan daripada konflik bersenjata yang sedang berlaku di Asia Barat.Muhammad Kamil berkata tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan bekalan keperluan asas rakyat seperti daging, ayam, beras dan gula tidak terjejas teruk akibat penutupan laluan udara atau laut di Timur Tengah.Ditanya langkah atau usaha preventif yang mungkin dilakukan kerajaan bagi mengelakkan harga barangan naik jika harga minyak naik, beliau berkata perkara itu sedang diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan untuk melihat bagaimana kerajaan boleh mengekalkan harga minyak pada kadar yang ada ketika ini. “Saya fikir mungkin kalau harganya itu melonjak dengan tinggi di luar kawalan kita, maka kita terpaksa berhadapan dengan realiti. Apa pun sekarang yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini ialah cuba memastikan harga itu masih lagi dapat dikawal dengan baik,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #harga minyak #Asia Barat #keperluan asas #minyak mentah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak 19 minutes ago Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? 34 minutes ago Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan 34 minutes ago Politik PH Johor tubuh Johor hadapi PRN, PRU 49 minutes ago Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 1 hour ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *