Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Advertisement Malaysia Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2 Bernama 29/03/2026 | 21:38 MYT Kenaikan harga bahan api itu telah meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut, sekali gus memberi tekanan kepada nelayan. – Gambar hiasan CHUKAI: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 di seluruh negara susulan kenaikan harga diesel akibat krisis di Asia Barat.Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata golongan berkenaan antara yang paling terkesan memandangkan mereka tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi seperti nelayan Zon A, B dan C yang menerima subsidi pada kadar RM1.65 seliter.Advertisement Beliau berkata kenaikan harga bahan api itu telah meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut, sekali gus memberi tekanan kepada nelayan berkenaan.“Golongan nelayan Zon C2 memang perlu beli diesel pada harga industri, iaitu RM5.52 seliter. Mereka telah buat rayuan dan kami melihat apa kaedah terbaik untuk kami bantu golongan nelayan berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih dekat sini hari ini.Pada majlis itu, sebanyak 31 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasik menerima bantuan enjin sangkut, pukat, tong insulasi 100 liter dan jaket keselamatan.Muhammad Faiz berkata pada masa ini jumlah bot nelayan kategori Zon C2 yang beroperasi di seluruh negara adalah 733 buah melibatkan 9,598 nelayan manakala pendaratan ikan bot nelayan kategori Zon C2 pula berjumlah 168,511.8 tan metrik setahun.Beliau berkata jumlah keseluruhan bot nelayan kategori Zon A pula sebanyak 41,282 buah, Zon B (4,161 buah) dan Zon C (2,997 buah).Dalam perkembangan lain, beliau berkata jumlah pendaratan ikan negara tidak terjejas meskipun beberapa negeri berdepan fenomena cuaca panas ketika ini.“Secara purata, jumlah pendaratan ikan di seluruh negara adalah sebanyak 707,009.83 tan metrik setiap tahun,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #LKIM #Muhammad Faiz Fadzil #Harga Diesel #bantu #bot nelayan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 13 minutes ago Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel 35 minutes ago Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah 1 hour ago Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara 1 hour ago Malaysia Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk 1 hour ago Dunia Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2
