Kes tembak Komander AKPS: Polis tahan anggota PGA perisikan, dipercayai rapat dengan ahli sindiket | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Konflik Asia Barat: Macron desak sekatan eksport minyak dan gas dielakkan Malaysia Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Allahyarham Syed Muhammad Naquib Sukan Cklamovski kagum pencapaian hebat JDT mara suku akhir ACL Elite Advertisement Malaysia Kes tembak Komander AKPS: Polis tahan anggota PGA perisikan, dipercayai rapat dengan ahli sindiket Sinar Harian 12/03/2026 | 14:30 MYT Dalam kejadian 25 Feb lalu, kenderaanyang dinaiki Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ditembak dua das oleh suspek tidak dikenali. – Gambar fail/Bernama SUNGAI PETANI: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam pada 25 Februari lalu.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, anggota berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 5 Mac oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebelum direman selama tujuh hari.Advertisement Menurutnya, anggota tersebut sudah dua tahun bertugas di sempadan sebagai perisik dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ketamin.“Penahanan ini dibuat bukan kerana kes dadah, sebaliknya untuk membantu siasatan kes tembakan terhadap komander AKPS,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada Khamis.Jelas Adzli, siasatan awal mendapati anggota terbabit mempunyai hubungan rapat dengan ahli sindiket yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.Menurutnya, anggota tersebut dilaporkan berada di lokasi kejadian bersama sindiket kira-kira empat hingga lima jam sebelum tembakan berlaku.“Maklumat menunjukkan dia berkawan rapat dengan ahli sindiket dan pernah bersama-sama menghisap dadah. Kita tidak akan berkompromi dengan perkara sebegini,” ujarnya.Beliau berkata, anggota terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.Katanya lagi, polis akan mendapatkan perintah bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan suspek terus memberi kerjasama sepanjang siasatan.Adzli menegaskan kes ini sangat serius kerana melibatkan cubaan tembakan terhadap pegawai penguat kuasa dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh tanpa mengira siapa yang terlibat.Beliau turut memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan pegawai pemerintah anggota berkenaan sama ada untuk menahannya daripada bertugas atau sebaliknya bagi mengelakkan kebocoran maklumat.“Suspek ini antara 11 individu yang ditahan setakat ini. Polis merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya tampil membantu siasatan,” katanya.Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, ditembak dua das oleh suspek tidak dikenali. Mangsa bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan. — Sinar Harian Topic Berkaitan #Anggota Pasukan Gerakan Am #TEMBAK #Komander AKPS #Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Konflik Asia Barat: Macron desak sekatan eksport minyak dan gas dielakkan few seconds ago Malaysia Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Allahyarham Syed Muhammad Naquib 4 minutes ago Sukan Cklamovski kagum pencapaian hebat JDT mara suku akhir ACL Elite 4 minutes ago Malaysia Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana 19 minutes ago Malaysia JAWI diarah siasat penggunaan terjemahan ayat al-Quran promosi budaya songsang 34 minutes ago Dunia Australia guna bahan api kualiti rendah susulan krisis minyak dunia 44 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kes tembak Komander AKPS: Polis tahan anggota PGA perisikan, dipercayai rapat dengan ahli sindiket
