Ketua DP World letak jawatan selepas dikaitkan dengan Jeffrey Epstein

Ketua DP World letak jawatan selepas dikaitkan dengan Jeffrey Epstein | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Gempa bumi 6.5 magnitud landa Vanuatu – USGS Dunia UNSC amat prihatin 'keganasan yang semakin meningkat' di Sudan Selatan Malaysia [KOLUMNIS] BM jadi bahasa caci maki? Advertisement Dunia Ketua DP World letak jawatan selepas dikaitkan dengan Jeffrey Epstein Astro AWANI 14/02/2026 | 09:20 MYT Sultan Ahmed didakwa bertukar ratusan e-mel dengan Epstein selama lebih sedekad. – Foto REUTERS DUBAI: Ketua syarikat pelabuhan global DP World, Sultan Ahmed bin Sulayem, meletakkan jawatan serta-merta selepas tekanan semakin memuncak berhubung pendedahan hubungan beliau dengan pesalah seks terkenal, Jeffrey Epstein.Keputusan itu diumumkan pada Jumaat, dengan Essa Kazim dilantik sebagai pengerusi baharu dan Yuvraj Narayan sebagai ketua pegawai eksekutif.Advertisement Menurut fail yang baru didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Sultan Ahmed didakwa bertukar ratusan e-mel dengan Epstein selama lebih sedekad.Analisis BBC News Arabic menunjukkan hubungan mereka bermula sekitar tahun 2007, termasuk berbual tentang urusan perniagaan, rancangan perjalanan dan mesej peribadi.Epstein malah menggambarkan Sultan Ahmed sebagai “salah seorang rakan yang paling dipercayainya”.DP World, sebuah gergasi logistik milik kerajaan Dubai yang mengendalikan terminal di enam benua, turut berdepan tekanan daripada rakan niaga.British International Investment dan La Caisse, dana pencen kedua terbesar Kanada, menggantung pelaburan baharu dalam syarikat itu berikutan nama Sultan Ahmed muncul dalam fail tersebut.Fail itu turut mendedahkan satu e-mel Epstein pada 2009 yang menyebut “torture video”, dengan pegawai AS mengesahkan bahawa Sultan Ahmed adalah penerimanya.Dua ahli Kongres AS, Ro Khanna dan Thomas Massie, mendakwa Sultan Ahmed termasuk dalam “enam lelaki berpengaruh” yang dikaitkan dengan Epstein dan bahawa beberapa fail telah disunting secara tidak wajar.BBC menegaskan bahawa disebut dalam fail tidak semestinya bermaksud salah laku, dan Sultan Ahmed belum memberi sebarang kenyataan.Namun gambaran hubungan luas antara beliau dan Epstein telah mencetuskan kebimbangan reputasi terhadap DP World, termasuk laporan kepada Suruhanjaya Amal UK melibatkan projek Earthshot milik Putera Wales yang menerima pembiayaan daripada syarikat tersebut.   Topic Berkaitan #Sultan Ahmed bin Sulayem #Jeffrey Epstein #letak jawatan #emel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Gempa bumi 6.5 magnitud landa Vanuatu – USGS 43 minutes ago Dunia UNSC amat prihatin 'keganasan yang semakin meningkat' di Sudan Selatan 53 minutes ago Malaysia [KOLUMNIS] BM jadi bahasa caci maki? 1 hour ago Politik Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan pagi ini 1 hour ago Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 1 hour ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *