KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok Advertisement Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut Seth Akmal 25/02/2026 | 08:45 MYT Nik Marina meluangkan masa bersama anak-anak yatim sempena majlis berbuka puasa di Beirut, Lubnan. – Gambar Astro AWANI. BEIRUT: Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia berkongsi kasih sayang bersama 75 anak yatim pelarian Palestin di sini pada Isnin lalu.Pengerusi misi KHOM Malaysia, Nik Marina Datuk Hussin berkata, aktiviti sebegini penting untuk memberi sokongan berbentuk psikososial untuk memulihkan trauma mereka yang sedang bergelut dengan suasana peperangan.Advertisement “Kita cuba berikan sokongan agar trauma mereka dapat dirawat jadi majlis pada hari ini untuk memastikan anak-anak yatim ini dapat gembira sebagai kanak-kanak,” katanya kepada Astro AWANI di sini. Image Nik Marina (kiri) bersama Johan Arief melayan kanak-kanak pelarian Palestin. – Gambar Astro AWANI. Pada masa sama, sukarelawan KHOM Malaysia turut menyertai aktiviti permainan bersama-sama peserta seperti kerusi berirama, tarian zumba dan menyusun jalur gemilang.Selain itu, kanak-kanak tersebut turut menerima sumbangan alat permainan beserta hidangan juadah makanan untuk berbuka puasa bersama sempena ramadan.Turut hadir untuk meraikan kanak-kanak tersebut ialah Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Malaysia di Lubnan, Johan Arief Mohmad Jaafar.Beliau berpandangan, usaha pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti KHOM Malaysia dan sumbangan rakyat Malaysia terhadap warga pelarian Palestin di Lubnan amat memberangsangkan.“Mereka sangat konsisten dalam memberi bantuan dan saya amat gembira dengan kerjasama yang telah diberikan,” ujar Johan.Difahamkan kanak-kanak tersebut berasal dari kem pelarian Ein El-Hilweh yang merupakan antara 12 kem pelarian untuk warga Palestin sejak tahun 1948 apabila mereka diusir oleh penceroboh yahudi ketika peristiwa Nakbah.Malah pada 20 Februari lalu media melaporkan rejim zionis Israel turut melancarkan serangan roket terhadap kem berkenaan yang menyebabkan 12 warga Palestin telah terkorban.Menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) terdapat hampir 170,000 pelarian Palestin berdaftar yang tinggal di Lubnan namun angka tidak rasmi menunjukkan dua kali ganda dari jumlah sebentar. Topic Berkaitan #KHOM MALAYSIA #pelarian Palestin #kem pelarian #NGO Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini 4 minutes ago Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir 13 minutes ago Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok 24 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain 33 minutes ago Malaysia Mangsa ribut di Taiping berkurangan pagi ini 44 minutes ago Malaysia Nga teruskan tradisi bersahur bersama warga JBPM 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut
