Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam

Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan Advertisement Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam Bernama 26/02/2026 | 10:10 MYT Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran di sebuah kilang memproses getah di Sengkang. – Foto BERNAMA JOHOR BAHRU: Tiga lagi sekolah diarahkan tutup berkuat kuasa semalam susulan kebakaran kilang memproses getah di kawasan perindustrian Sengkang dekat Kulai sejak kelmarin.Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai, SK Taman Kota Kulai 2 dan Sekolah Agama Taman Kota Kulai, menjadikan keseluruhan lima institusi pendidikan terjejas setakat ini.Advertisement Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata Pejabat Pendidikan Daerah Kulai berkata kesemua murid di sekolah berkenaan akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga Jumaat ini.“Berdasarkan maklumat terkini setakat awal pagi ini, terdapat api yang masih dikesan aktif dan pihak bomba sedang giat melaksanakan operasi pemadaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin memaklumkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang dan SJKC Kulai Besar turut diarah tutup dengan 1,531 murid di kedua-dua sekolah itu perlu menjalani PdPR. Langkah itu susulan masih terdapat asap serta bau pembakaran yang berpotensi menjejaskan kesihatan warga sekolah sekiranya sesi persekolahan diteruskan dalam keadaan semasa.Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.37 petang Selasa yang melibatkan sebuah stor plastik jenis separuh kekal berukuran 300 x 500 x 80 kaki.Setakat pagi ini, operasi pemadaman yang melibatkan 34 anggota itu mencapai 90 peratus.Operasi turut menerima bantuan 11 anggota bersama 20 tong buih berkapasiti 20 liter setiap satu daripada pihak industri, manakala bekalan tambahan termasuk 30 tong foam dari negeri berhampiran digerakkan bagi menyokong operasi.Kerja-kerja pemunggahan menggunakan empat unit jengkaut turut dilaksanakan bagi memudahkan pemadaman di bahagian bawah timbunan bahan, manakala pemantauan imej termal oleh Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi melihat punca haba yang boleh mencetuskan kebakaran semula.– BERNAMA    Topic Berkaitan #kebakaran #kilang proses getah #sekolah ditutup #Teo Nie Ching Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam 8 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS 18 minutes ago Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan 33 minutes ago Dunia Kerajaan Switzerland umum bayaran solidariti kepada mangsa kebakaran bar Crans-Montana 38 minutes ago Malaysia Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini 43 minutes ago Malaysia Rebut ganjaran besar lailatul qadar 48 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *