Konflik Asia Barat: China kecam pembunuhan Ali Larijani, sifatkan tindakan Israel tidak boleh diterima | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Inisiatif perdamaian cermin kematangan rakyat utamakan dialog demi kestabilan – Ramanan Malaysia Pengguna jalan raya digesa amalkan sifar kemalangan sempena Aidilfitri Malaysia Konflik Asia Barat: Tingkatkan model koperasi pertanian hadapi cabaran bekalan makanan – Penganalisis Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: China kecam pembunuhan Ali Larijani, sifatkan tindakan Israel tidak boleh diterima Astro AWANI 19/03/2026 | 18:20 MYT China menyifatkan tindakan Israel membunuh Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani (foto), sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima. -Gambar fail/AP BEIJING: Kerajaan China menyifatkan tindakan Israel membunuh Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik baharu di Asia Barat.Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, menegaskan bahawa Beijing secara konsisten menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa, khususnya serangan ke atas pemimpin negara berdaulat.Advertisement Beliau berkata siri pembunuhan bersasar oleh Israel bukan sahaja melanggar norma diplomasi global, malah dibimbangi akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di rantau berkenaan.“Kami sentiasa menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.”Tindakan membunuh pemimpin negara Iran dan menyerang sasaran awam adalah sesuatu yang lebih tidak boleh diterima,” kata Lin pada sidang akhbar, di sini, hari ini.Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan kedaulatan sesebuah negara dihormati untuk mengelakkan konflik daripada terus merebak.Kenyataan tegas Beijing itu hadir selepas pengesahan kematian Ali Larijani, yang merupakan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, dalam satu serangan udara Israel di Tehran pada Isnin.Selain Ali Larijani, beberapa pegawai kanan perisikan dan keselamatan republik itu turut dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah melumpuhkan struktur komando Iran.China sebelum ini telah beberapa kali menyatakan kebimbangan terhadap siri serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel sejak 28 Feb lalu, yang turut menjejaskan fasiliti tenaga dan infrastruktur awam.Hubungan erat antara Beijing dan Tehran dalam sektor tenaga menjadikan China antara kuasa besar yang paling lantang menyuarakan bantahan terhadap campur tangan ketenteraan asing di Asia Barat yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi global. Topic Berkaitan #China #israel #Iran #Ali Larijani #Lin Jian #Asia Barat #Konflik Iran-Israel #diplomasi antarabangsa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Inisiatif perdamaian cermin kematangan rakyat utamakan dialog demi kestabilan – Ramanan 3 minutes ago Malaysia Pengguna jalan raya digesa amalkan sifar kemalangan sempena Aidilfitri 3 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Tingkatkan model koperasi pertanian hadapi cabaran bekalan makanan – Penganalisis 18 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: KDNK Malaysia dijangka tumbuh perlahan ke empat peratus – Penganalisis 18 minutes ago Dunia Harga bahan api Singapura meningkat susulan konflik Asia Barat 18 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Malaysia tidak bersedia berdepan impak tenaga, keselamatan – Penganalisis 18 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: China kecam pembunuhan Ali Larijani, sifatkan tindakan Israel tidak boleh diterima
