Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA Irfan Faruqi 26/03/2026 | 22:53 MYT Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Gencatan senjata atau perdamaian antara Amerika Syarikat dan Iran tidak semestinya akan menyebabkan harga minyak turun mendadak kepada paras sebelum perang bermula. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, infrastruktur pengeluaran minyak yang terjejas akibat serangan udara di rantau Teluk Parsi merupakan antara faktor yang melambatkan pemulihan bekalan dan harga minyak global. Advertisement “Infrastruktur minyak di Iran dan beberapa Negara Teluk telah terkesan. Ini akan menyebabkan pemulihan kadar pengeluaran bahan api pada tahap sebelum perang tetap mengambil masa sehingga berbulan-bulan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis. Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRADalam temu bual sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Danial Rahim pula menjangkakan bahawa harga minyak global dengan kadar lebih AAS$100 setong yang dicatatkan ketika ini kekal sehingga hujung tahun.”Jika kita lihat usaha-usaha rundingan yang dilaporkan, sama ada berjaya atau tidak, dan tindakan Presiden Donald Trump menyatakan tidak akan menyerang infrastruktur kritikal Iran, telah menyaksikan harga minyak Brent turun 11 peratus. “Senario terbaik, kita akan saksikan penyederhanaan harga, tetapi pada pandangan saya harga minyak akan kekal tinggi hingga akhir tahun,” katanya.Untuk konteks, Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran telah memaksa republik Islam itu menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.Lanjutan itu, harga minyak mengalami lonjakan mendadak dengan minyak Brent memuncak pada kadar AS$119 setong pada 19 Mac lalu. Setakat Khamis, harga minyak mentah tersebut direkodkan pada AS$107 setong.Situasi ini juga telah menyebabkan bekalan bahan api ke banyak negara terganggu sehingga menyebabkan negara-negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Filipina bertindak memperkenalkan dasar yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api; inisiatif bekerja dari rumah (BDR), mengurangkan hari bersekolah dalam seminggu dan sebagainya. Dialog Tiga Penjuru: Perang Dunia Ketiga, Perang Ekonomi? Topic Berkaitan #Amerika Syarikat #israel #Iran #bahan api #minyak #Ekonomi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat 30 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 33 minutes ago Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA 1 hour ago Malaysia Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis 1 hour ago Malaysia Luqman Hakim enggan sia-siakan peluang jika diturunkan lawan Vietnam 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA
