Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan Advertisement Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan Nabilah Khaleeda 10/03/2026 | 14:53 MYT Kenaikan kos tersebut berpotensi memaksa syarikat penerbangan menilai semula strategi operasi termasuk menaikkan tambang penerbangan. – Gambar hiasan/ Reuters KUALA LUMPUR: Peningkatan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat dijangka memberi pelbagai impak kepada industri penerbangan global, memandangkan kira-kira 30 peratus kos operasi syarikat membabitkan komoditi itu. Pengarah Eksekutif My Mobility Vision Sdn Bhd, Rahman Hussin berkata kenaikan kos tersebut berpotensi memaksa syarikat penerbangan menilai semula strategi operasi termasuk menaikkan tambang penerbangan.Advertisement Menurut beliau, syarikat penerbangan juga mungkin mengambil langkah lain seperti menstruktur semula laluan penerbangan atau menggantung sementara laluan yang kurang strategik dan mempunyai permintaan penumpang yang rendah.Rahman menjelaskan kenaikan harga bahan api tidak hanya memberi kesan kepada tambang atau laluan penerbangan semata-mata, sebaliknya turut meningkatkan kos keseluruhan perkhidmatan penerbangan.“Sekitar 30 peratus kos untuk mengoperasikan sesebuah pesawat adalah bahan api. Namun kesannya lebih kompleks kerana apabila harga bahan api meningkat, pelbagai komponen lain dalam perkhidmatan penerbangan turut mengalami kenaikan kos,” katanya ketika di temu bual dalam program Niaga AWANI pada Selasa.Pada masa sama, beliau berpandangan situasi tersebut juga berpotensi memberi kesan kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), khususnya dari segi tempoh perjalanan dan pilihan laluan penerbangan antarabangsa.Menurut Rahman, konflik di Asia Barat boleh menyebabkan perubahan laluan penerbangan yang seterusnya memanjangkan tempoh perjalanan dan menjejaskan minat sebahagian pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.“Perubahan laluan mungkin menyebabkan tempoh perjalanan menjadi lebih panjang dan ini boleh menjejaskan minat sebahagian pelancong.“Sebagai contoh, laluan seperti London ke Kuala Lumpur yang sebelum ini melalui transit tertentu mungkin perlu diubah atau mencari laluan alternatif,” ujarnya.Sehubungan itu, beliau berpendapat syarikat penerbangan perlu segera mengambil langkah strategik termasuk melakukan penilaian semula kos dan operasi bagi mengurangkan kesan yang lebih besar terhadap industri penerbangan susulan konflik tersebut. Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Konflik Timur Tengah Terkini #malaysia #kos bahan api Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony 6 minutes ago Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN 12 minutes ago Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan 18 minutes ago Malaysia Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri 27 minutes ago Malaysia Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar 30 minutes ago Malaysia Kedutaan Malaysia di Doha bantu rakyat Malaysia terkandas ke Jeddah 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan
