Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global – Penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global – Penganalisis Seth Akmal 11/03/2026 | 22:14 MYT Penutupan Selat Hormuz bukan sahaja mengakibatkan harga akan naik malah menyebabkan bekalan teputus, kata Zokhri. KUALA LUMPUR: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara di rantau Asia Barat akan menyebabkan ketidaktentuan dalam rantaian bekalan global, khususnya melibatkan minyak, gas serta industri penerbangan.Felo Kanan, Institut Pertahanan dan Keselamatan Rabdan (RSDI), Dr Wan Zokhri Wan Idris berpendapat apabila Selat Hormuz berstatus kawasan ketenteraan menyebabkan syarikat insurans enggan melindungi syarikat-syarikat perkapalan.Advertisement “Ia mengakibatkan bukan sahaja harga akan naik bahkan bekalan akan terputus terus,” katanya semasa wawancara bersama Astro AWANI di segmen Konflik Asia Barat: Impak Kepada Industri Penerbangan Global hari ini.Tambahnya, tindakan Iran menutup Selat Hormuz pada 2 Mac lalu turut memberi kesan kepada rantau Asia Timur seperti China dan Korea Selatan yang menggunakan minyak dan sumber tenaga daripada Iran. Image Zokhri berpendapat apabila banyak pesawat tersadai di lapangan terbang akan memberi kesan kepada kos penyelenggaraan. Menyentuh mengenai industri penerbangan, Zokhri berkata Qatar dan Emiriah Arab Bersatu merupakan hab terbesar yang menjalinkan destinasi utama dunia dan secara lazimnya beroperasi untuk 150 juta penumpang setahun.Namun, sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu menyebabkan operasi lapangan terbang di Doha dan Abu Dhabi mengalami penurunan mendadak antara 10 peratus sehingga 50 peratus.Zokhri juga berpendapat, apabila banyak pesawat tersadai di lapangan terbang akan memberi kesan kepada kos penyelenggaraan.“Apabila pesawat-pesawat ini tersadai ia melibatkan kos penyelenggaraan, sewaan dan juga kos-kos yang lain yang akan memberi impak kepada syarikat-syarikat ini,” katanya.Memasuki hari ke-12 pertempuran antara blok barat dan Iran, Zokhri menjangkakan sekiranya serangan melibatkan lokasi strategik seperti infrastruktur saluran tenaga maka peperangan akan menjangkau skala lebih besar dan berlarutan. Topic Berkaitan #Iran #Perang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan 5 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa 40 minutes ago Malaysia Ibu Ida Nerina meninggal dunia akibat sakit tua 40 minutes ago Malaysia Cadangan pengeluaran Akaun 2 melalui i-Lindung sedang diteliti – MOF 47 minutes ago Bisnes Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global – Penganalisis
