Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik

Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik Bernama 12/03/2026 | 16:00 MYT Tan menggesa isi rumah dan perniagaan di republik itu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan impak kenaikan harga tenaga dengan menjimatkan elektrik. – Gambar fail/Bernama SINGAPURA: Rakyat Singapura dijangka berdepan kenaikan tarif elektrik dalam beberapa bulan akan datang apabila harga gas global meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat, kata Menteri bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains dan Teknologi Tan See Leng.  Beliau menggesa isi rumah dan perniagaan di republik itu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan impak kenaikan harga tenaga dengan menjimatkan elektrik dan menggunakan lebih banyak peralatan cekap tenaga.Advertisement Tan berkata walaupun beberapa langkah sedang dilaksanakan untuk memastikan Singapura mempunyai tenaga yang mencukupi, harga gas global terus melonjak akibat konflik itu.“Dengan keadaan global menjadi kurang pasti dan stabil, gangguan bahan api dan turun naik harga menjadi lebih kerap.“Kesan ini dirasai di Singapura apabila kita mengimport semua gas asli yang diperlukan untuk menjana kira-kira 95 peratus daripada penjanaan elektrik,” katanya dalam catatan Facebook pada Khamis.Tan turut menegaskan kerajaan bersedia untuk membantu isi rumah dan perniagaan sekiranya perlu.“Diumumkan pada Bajet 2026, isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak akan menerima 1.5 kali ganda jumlah biasa rebat U-Save atau sehingga S$570 (S$1=RM3.06) pada tahun kewangan ini.“Memandangkan keadaan di Asia Barat masih bergolak, kita memantau dengan teliti, terutamanya untuk kesan sekunder gangguan,” katanya.Mengenai perkembangan berkaitan, Tan berkata Singapura telah mewujudkan simpanan bahan api gas dan diesel yang boleh digunakan oleh syarikat penjanaan kuasa jika bekalan gas terganggu teruk, serta mempelbagai sumber Gas Asli Cecair (LNG) yang diimport.Beliau menambah langkah-langkah itu adalah antara pelbagai barisan pertahanan kerajaan untuk memelihara keterjaminan tenaga Singapura.– BERNAMA   Topic Berkaitan #Singapura #Asia Barat #konflik #GAS #bahan api #elektrik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi few seconds ago Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis 15 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik 15 minutes ago Malaysia Kerajaan perkukuh tatakelola, laksana Program Pegawai Integriti Bertauliah – PM 30 minutes ago Dunia 9,000 sasaran diserang dalam tempoh 10 hari serangan AS-Israel ke atas Iran 45 minutes ago Malaysia Polis rampas syabu bernilai RM3.1 juta di Kota Kuala Muda 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *