Konflik Asia Barat: Syarikat penerbangan Asia naikkan tambang, kos bahan api melonjak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan Advertisement Bisnes Konflik Asia Barat: Syarikat penerbangan Asia naikkan tambang, kos bahan api melonjak Agensi 10/03/2026 | 13:16 MYT Kebanyakan syarikat penerbangan Asia didapati kurang terlindung daripada turun naik harga minyak berbanding rakan di Eropah dan Amerika Syarikat. – Gambar hiasan SYARIKAT penerbangan di Asia terpaksa menaikkan tambang dan menyediakan pelan kecemasan termasuk menggantung operasi pesawat susulan konflik yang semakin tegang di Asia Barat melonjakkan harga minyak dunia ke tahap tertinggi dalam tempoh beberapa dekad. Menurut laporan Bloomberg, keadaan itu mencetuskan kebimbangan berlakunya kejutan minyak paling buruk sejak tahun 1970-an. Advertisement Di India, beberapa syarikat penerbangan menaikkan tambang laluan jarak jauh sehingga 15 peratus, manakala Vietnam memberi amaran kenaikan tambang boleh mencecah 70 peratus kerana pergantungan besar negara itu kepada bahan api jet import. Kebanyakan syarikat penerbangan Asia didapati kurang terlindung daripada turun naik harga minyak berbanding rakan di Eropah dan Amerika Syarikat. Akibatnya, syarikat tambang rendah Asia Tenggara kini menilai kemungkinan menggantung pesawat sekiranya bahan api jet menjadi terlalu mahal atau sukar diperoleh.Penganalisis pasaran minyak, June Goh dari Sparta Commodities, menyatakan lonjakan harga semasa menjadi tekanan besar kepada syarikat yang mempunyai program lindung nilai lemah, terutama yang menjual tiket pada harga sebelum kenaikan harga bahan api berlaku. Sumber industri pula menjelaskan bahawa syarikat tambang rendah beroperasi dengan margin tipis dan boleh gulung tikar sekiranya keadaan berterusan lebih tiga bulan. Malah, laporan Deutsche Bank menyebut ribuan pesawat di seluruh dunia mungkin terpaksa digantung operasi sekiranya perang berlanjutan. Gangguan penerbangan di Asia Barat semakin ketara apabila beberapa lapangan terbang utama hampir lumpuh, memaksa syarikat penerbangan dunia menilai semula jadual penerbangan dan bekalan bahan api. Ini menambah ketidaktentuan terhadap pemulihan sektor penerbangan global yang masih dalam fasa menstabilkan operasi.Walaupun begitu, beberapa tokoh industri melihat ruang optimistik bahawa konflik mungkin tidak berpanjangan. Ketua Pegawai Eksekutif Air Lease Corp, John Plueger, percaya keadaan semasa bersifat sementara dan sektor penerbangan akan kembali bergerak sebaik kekangan semasa reda. Lufthansa pula dilaporkan mempunyai kelebihan relatif kerana perlindungan harga bahan api yang kukuh, sekali gus membolehkan syarikat itu mengalihkan kapasiti ke laluan Asia dan Afrika ketika syarikat penerbangan Asia Barat masih beroperasi secara terhad. Bagaimanapun, saham syarikat penerbangan Asia terus merudum susulan harga minyak yang meningkat melepasi AS$100 setong. Asiana Airlines jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih 21 tahun, manakala syarikat induk IndiGo di India turut menyaksikan penurunan ketara sebelum pulih sedikit menjelang penutupan dagangan. Keadaan ini menguatkan lagi kebimbangan bahawa ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat boleh membawa tekanan jangka panjang kepada sektor penerbangan Asia yang kini berdepan cabaran operasi paling signifikan sejak pandemik. Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Konflik Timur Tengah Terkini #Syarikat Penerbangan #Kenaikan harga tiket Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony 6 minutes ago Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN 11 minutes ago Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan 18 minutes ago Malaysia Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri 26 minutes ago Malaysia Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar 30 minutes ago Malaysia Kedutaan Malaysia di Doha bantu rakyat Malaysia terkandas ke Jeddah 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Syarikat penerbangan Asia naikkan tambang, kos bahan api melonjak
