Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Lebih 60 peratus rakyat AS bantah operasi terhadap Iran – Tinjauan Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis Irfan Faruqi 26/03/2026 | 22:50 MYT Harga RON95 bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 ditetapkan pada kadar RM3.87 seliter (tanpa subsidi), manakala RM1.99 bagi pengguna yang layak dibawah inisiatif BUDI95 – foto/BERNAMA KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 bersubsidi melalui inisiatif BUDI95 wajar dinaikkan kepada RM2.05. Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata tindakan ini bagi mengurangkan tekanan fiskal negara walaupun kedudukan kewangan negara dilihat kukuh untuk berdepan dengan ketidaktentuan global.Advertisement “Dalam hal ini, saya berpendapat kerajaan masih ada ruang fiskal untuk tambah subsidi atau rasionalisasi subsidi BUDI95. Mungkin harga RM1.99 boleh diselaraskan kepada RM2.05 seperti sebelum ini. “Atau, dengan data-data yang ada sekarang, kerajaan boleh buat pelarasan untuk jadikan BUDI95 lebih bersasar. Ketika ini ia disasarkan kepada rakyat Malaysia, dan mengecualikan bukan rakyat Malaysia. Bagi saya itu masih terlalu luas kerana semua rakyat Malaysia masih dapat subsidi,” katanya.Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis. Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisisTambahnya, penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak dengan memanfaatkan data penggunaan yang ada juga wajar dipertimbangkan.Ketika ini, wilayah borneo menikmati diesel bersubsidi secara pukal pada kadar RM2.15, berbanding pengguna di Semenanjung Malaysia yang perlu berjaya didaftarkan BUDI MADANI; BUDI MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi atau BUDI Individu, untuk layak mendapat bahan api berkenaan pada harga subsidi.Dalam temu bual sama, Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim bersetuju dengan cadangan penyasaran semula subsidi diesel di Sabah Sarawak.Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar sebarang keuntungan tambahan yang diterima oleh PETRONAS susulan kenaikan harga minyak diagihkan kepada program subsidi kerajaan yang lain.“Kita sudah masuk minggu keempat krisis ini. Dalam pengurusan krisis, pada setiap enam minggu, strategi untuk berdepan dengan situasi ekonomi perlu dibuat dengan mencerap data penggunaan,” tambahnya.Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran telah memaksa republik Islam itu menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan bagi kira-kira 20 peratus bekalan minyak global.Lanjutan itu, harga minyak mengalami lonjakan mendadak dengan minyak Brent memuncak pada kadar USD119 setong pada 19 Mac lalu. Setakat Khamis, harga minyak mentah tersebut direkodkan pada AS$107 setong.Situasi ini juga telah menyebabkan bekalan bahan api ke banyak negara terganggu sehingga menyebabkan negara-negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Filipina bertindak memperkenalkan dasar yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api; inisiatif bekerja dari rumah (BDR), mengurangkan hari bersekolah dalam seminggu dan sebagainya. Dialog Tiga Penjuru: Perang Dunia Ketiga, Perang Ekonomi? Topic Berkaitan #petrol #BUDI95 #subsidi #konflik Asia Barat #bahan api #minyak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lebih 60 peratus rakyat AS bantah operasi terhadap Iran – Tinjauan 4 minutes ago Dunia Islamabad sahkan AS, Iran bertukar mesej melalui Pakistan mengenai konflik Asia Barat 4 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Malaysia Ops Khas Motosikal HRA 2026: JPJ WPKL periksa 9,542 kenderaan, sita 66 motosikal 5 hours ago Dunia Konflik Asia Barat: Esok Trump berdamai dengan Iran, harga minyak masih melambung? Ini penjelasan Pengarah Strategi KRA 5 hours ago Malaysia Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Wajarkah harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05? Ini penjelasan penganalisis
