KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Malaysia KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri Astro AWANI 10/03/2026 | 21:17 MYT Fadhlina berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri – Foto fail KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemberian satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.Advertisement Beliau berkata berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).“Bagi sekolah dalam Kumpulan B pula, dua hari cuti tambahan diperuntukkan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, tambahan cuti tersebut diharapkan dapat memberi ruang mencukupi kepada warga pendidikan membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.Fadhlina berkata langkah itu juga selari dengan hasrat KPM untuk terus memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan guru, murid dan ibu bapa. Topic Berkaitan #cuti sekolah #Aidilfitri #KPM #Ramadan 2026 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 36 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri
