Kritikan Rafizi jadi ‘durian runtuh’ kepada Pas, PN menjelang PRU16 – Aktivis Pas

Kritikan Rafizi jadi ‘durian runtuh’ kepada Pas, PN menjelang PRU16 – Aktivis Pas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi Advertisement Politik Kritikan Rafizi jadi ‘durian runtuh’ kepada Pas, PN menjelang PRU16 – Aktivis Pas Astro AWANI 24/03/2026 | 22:00 MYT Lokman (gambar kecil) turut menjelaskan bahawa Rafizi, sebagai ‘arkitek’ utama PKR, sememangnya memahami selok-belok dalaman parti dan kerajaan. – Foto fail Pas/BERNAMA KUALA LUMPUR: Kritikan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan memberi kelebihan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk menambah sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Aktivis Pas, Lokman Bonyamin berkata, serangan bekas Timbalan Presiden PKR itu berpotensi mengubah pandangan pengundi dan menjadi “durian runtuh” kepada pembangkang.Advertisement “Bagi PAS dan PN, situasi ini memang ‘durian runtuh’. Mereka tidak perlu bekerja keras; apabila kerajaan dilihat berpecah atau bercelaru sesama sendiri, pengundi Melayu akan lebih mudah beralih arah kerana melihat PN lebih stabil dan konsisten,” katanya dalam kenyataan hari ini.Menurutnya, keadaan tersebut mampu mempengaruhi pengundi atas pagar sekiranya jurang antara janji dan realiti pentadbiran terus melebar.”Situasi ini boleh ubah pandangan pengundi menjelang PRU16. Jika jurang antara ‘janji’ dan ‘realiti’ semakin besar, tidak mustahil sokongan akan beralih kepada pihak yang dilihat lebih fokus,” ujarnya.Lokman turut menjelaskan bahawa Rafizi, sebagai ‘arkitek’ utama PKR, sememangnya memahami selok-belok dalaman parti dan kerajaan. Justeru, kritikan terbuka beliau memberi isyarat wujudnya ketidakpuasan dalam pelaksanaan dasar.Tambahnya, isu reformasi institusi yang masih belum menampakkan hasil nyata turut menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong kerajaan.”Rakyat, khususnya penyokong Pakatan Harapan, masih menunggu hasil reformasi. Bila pemimpin sendiri nampak tidak puas hati, ia memberi gambaran proses itu mungkin tersekat oleh birokrasi atau kompromi politik,” jelasnya.Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan ekonomi semasa juga menjadi faktor penting apabila rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup walaupun data makro menunjukkan perkembangan positif.”Rakyat lebih melihat kepada kuasa beli yang semakin mengecil. Bila kritikan datang dari dalam kerajaan, ia menguatkan persepsi bahawa strategi ekonomi belum cukup berkesan,” katanya.Mengulas isu harga minyak, beliau menyifatkannya sebagai ‘senjata makan tuan’ sekiranya tidak diurus dengan baik.”Rakyat tidak lupa ‘formula’ lama. Jika subsidi atau harga minyak tidak ditangani dengan cermat tanpa membebankan golongan M40, ini akan menjadi titik paling lemah kepada kerajaan,” ujarnya. Topic Berkaitan #PRU16 #politik #Rafizi Ramli #Perikatan Nasional Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 14 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 15 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 55 minutes ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Malaysia Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *