Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak

Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia Advertisement Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak Astro AWANI 20/02/2026 | 14:45 MYT Roblox memasarkan platformnya sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak, namun didakwa tidak melaksanakan sistem moderasi dan pengesahan umur yang memadai. -Foto fail LOS ANGELES: Pihak berkuasa Daerah Los Angeles memfailkan saman terhadap platform permainan dalam talian Roblox, dengan mendakwa syarikat itu gagal melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kandungan seksual, eksploitasi serta pemangsa dalam talian.Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis, pihak daerah menegaskan Roblox memasarkan platformnya sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak, namun didakwa tidak melaksanakan sistem moderasi dan pengesahan umur yang memadai.Advertisement Tindakan itu didakwa membolehkan wujudnya interaksi tidak wajar, termasuk kandungan seksual dan kegiatan antun seksual kanak-kanak (child grooming) oleh individu yang menyalahgunakan platform tersebut.Pengerusi Lembaga Penyelia Daerah Los Angeles, Hilda Solis, berkata tujuan tindakan undang-undang itu adalah untuk “melindungi kanak-kanak daripada pemangsa dalam talian dan kandungan tidak sesuai,” sambil menegaskan Roblox mempunyai tanggungjawab moral serta undang-undang untuk memastikan keselamatan pengguna muda.County Counsel, Dawyn R. Harrison, pula menyifatkan kegagalan platform itu sebagai isu keselamatan serius, dengan mendakwa Roblox “memberi alat yang berkuasa kepada pedofil untuk memerangkap kanak-kanak,” serta mendakwa trauma yang dialami mangsa merangkumi antun seksual kanak-kanak, eksploitasi dan serangan sebenar.Roblox, yang mempunyai lebih 151 juta pengguna aktif harian di seluruh dunia—dengan lebih 40 peratus daripadanya di bawah umur 13 tahun—didakwa tidak menguatkuasakan had umur, tidak menapis kandungan dicipta pengguna dengan berkesan dan tidak mendedahkan sepenuhnya risiko platform tersebut kepada ibu bapa.Daerah Los Angeles memohon injunksi mahkamah, hukuman sivil serta penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem keselamatan platform itu.Saman tersebut difailkan di bawah undang-undang Negeri California berkaitan amalan perniagaan tidak adil dan pengiklanan palsu.Dalam kenyataan balas, Roblox menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa keselamatan ialah “teras utama” syarikat itu.Roblox berkata platformnya mempunyai sistem perlindungan automatik, termasuk pemantauan kandungan dan larangan berkongsi imej dalam perbualan, selain bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam kes keselamatan kanak-kanak. Topic Berkaitan #roblox #Los Angeles #Keselamatan Kanak‑kanak #Eksploitasi Dalam Talian #Antun Seksual Kanak‑kanak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 4 minutes ago Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia 5 minutes ago Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia 14 minutes ago Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak 29 minutes ago Bisnes Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB 36 minutes ago Dunia Jerung ditemukan di Antartika buat pertama kali 44 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *