Mahkamah Tinggi tolak rayuan dua individu berhubung aktiviti pasaran modal tanpa lesen | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL Advertisement Malaysia Mahkamah Tinggi tolak rayuan dua individu berhubung aktiviti pasaran modal tanpa lesen Bernama 20/02/2026 | 21:46 MYT Mahkamah seterusnya bersetuju bahawa hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua mereka tidak berlebihan sehingga memerlukan campur tangan rayuan. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan dua individu terhadap hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen pada 2022 atas kesalahan berkaitan menjalankan aktiviti pasaran modal terkawal tanpa lesen.Menurut kenyataan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin ketika menolak rayuan Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong berkata tiada kesilapan undang-undang atau fakta oleh Mahkamah Sesyen dan sabitan tersebut selamat.Advertisement Mahkamah seterusnya bersetuju bahawa hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua mereka tidak berlebihan sehingga memerlukan campur tangan rayuan.Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terakhir kepada Mahkamah Rayuan.Su dan Yap didakwa di Mahkamah Sesyen pada 5 Julai 2017 dengan dua pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Seksyen 367(1) akta sama.Pertuduhan berkaitan pengendalian Jalatama Management Sdn Bhd semasa menjalankan perniagaan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan dan berurusan dalam derivatif tanpa Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.Perayu yang juga pegawai Jalatama ketika kejadian melakukan kesalahan itu dalam tempoh antara Julai 2011 hingga September 2013.Kedua-duanya didapati bersalah dan disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen pada 12 Dis, 2022 selepas perbicaraan penuh.Su dan Yap masing-masing dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta serta penjara satu tahun jika gagal membayar denda.Dalam kenyataan itu, suruhanjaya berkenaan melihat penghakiman tersebut secara positif selain mengingatkan bahawa berurus niaga dalam derivatif ialah aktiviti terkawal dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dalam aktiviti terkawal memerlukan lesen daripada SC di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.Suruhanjaya itu diwakili Timbalan Pendakwa Raya SC Annarina Chacko Jacob serta pegawai pendakwa Mohd Shafiq Azman, Mark Rohan Mahadevan dan Danial Imran Nasaruddin.– BERNAMA Topic Berkaitan #mahkamah #Suruhanjaya Sekuriti Malaysia #rayuan #pasaran modal Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 4 minutes ago Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura 3 hours ago Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL 3 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Dunia Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan 4 hours ago Dunia Singapura longgarkan langkah kawalan terhadap wabak virus Nipah susulan situasi kembali stabil 4 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Mahkamah Tinggi tolak rayuan dua individu berhubung aktiviti pasaran modal tanpa lesen
