Mahkamah tolak permohonan firma guaman UK berkaitan keputusan bidang kuasa saman 1MDB

Mahkamah tolak permohonan firma guaman UK berkaitan keputusan bidang kuasa saman 1MDB | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Advertisement Malaysia Mahkamah tolak permohonan firma guaman UK berkaitan keputusan bidang kuasa saman 1MDB Bernama 23/02/2026 | 18:38 MYT Hakim Ravinthran berkata mahkamah terbabit memutuskan permohonan penangguhan itu tidak sepatutnya dibenarkan. – Gambar hiasan PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan firma guaman White & Case LLP (White & Case) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman difailkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diteruskan di mahkamah Malaysia. Firma berkenaan memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu dua rayuan yang dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 20 Mei depan selesai.Advertisement Bagaimanapun, permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh firma berkenaan telah ditolak oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk P. Ravinthran, Datuk Faizah Jamaludin dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Ravinthran berkata mahkamah terbabit memutuskan permohonan penangguhan itu tidak sepatutnya dibenarkan.Berhubung hujah White & Case bahawa pihak mereka akan menanggung kos dan kesulitan besar sekiranya penangguhan tidak diberikan kerana pernyataan tuntutan yang panjang, Hakim Ravinthran menjelaskan bahawa perkara berkenaan adalah sebahagian daripada prosiding litigasi dan sebarang kerugian berkaitan masa atau sumber boleh dikompensasi melalui pemberian kos sekiranya firma guaman terbabit berjaya dalam rayuan.Hakim Ravinthran berkata Mahkamah Rayuan turut mengambil maklum bahawa Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan penangguhan prosiding dan mengarahkan firma guaman berkenaan untuk mengemukakan pernyataan pembelaan mereka sebelum tarikh akhir yang tamat esok. “Isu mengenai penangguhan prosiding adalah seumpama keputusan pengurusan kes. Pada pandangan kami, keputusan seumpama ini tidak sepatutnya dicampur sesuka hati kerana Mahkamah Tinggi seharusnya memiliki kebebasan penuh dalam menguruskan kes perbicaraan melainkan terdapat alasan yang munasabah untuk campur tangan selanjutnya,” kata hakim itu.Mahkamah mengarahkan firma itu membayar kos guaman berjumlah RM30,000.1MDB telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2024 dengan menuntut ganti rugi sebanyak US$1.83 bilion dan US$33 juta atas kerugian daripada White & Case serta pengarah PetroSaudi International Ltd Patrick Mahony.1MDB mendakwa White & Case telah membantu PetroSaudi melakukan penipuan dan bersekongkol untuk menjejaskan 1MDB semasa bertindak selaku peguamnya. Penipuan itu didakwa berkaitan dengan dua urus niaga korporat semasa usaha sama pada 2009 dengan PetroSaudi International iaitu Good Star dan penstrukturan semula pegangan 1MDB dalam usaha sama pada 2010, yang menurut 1MDB telah mengakibatkan kerugian kewangan.Writ saman berkenaan telah disampaikan di luar bidang kuasa terhadap White & Case ke alamat mereka masing-masing di UK dan firma terbabit memohon agar penyampaian di luar bidang kuasa itu dibatalkan. White & Case turut memohon pengisytiharan bahawa Mahkamah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman itu.Tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan, sekali gus menolak pertikaian White & Case mengenai bidang kuasa dengan menyatakan bahawa saksi-saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan di Malaysia. Firma guaman itu kemudian merayu keputusan terbabit ke Mahkamah Rayuan.Firma guaman itu turut mengemukakan rayuan terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan saman itu disatukan dengan saman lain yang difailkan oleh 1MDB terhadap beberapa defendan lain termasuk Deutsche Bank dan PetroSaudi International.Di Mahkamah Rayuan hari ini, peguam Ranjit Singh mewakili White & Case manakala 1MDB diwakili peguam Datuk Lim Chee Wee.– BERNAMA  Topic Berkaitan #1mdb #Mahkamah Rayuan #White & Case #UK #PetroSaudi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum few seconds ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 2 minutes ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 17 minutes ago Malaysia Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar 1 hour ago Malaysia Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok 1 hour ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *