Malaysia ada potensi luar biasa jika terus ditadbir dengan baik, bersih – PM Anwar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia Malaysia ada potensi luar biasa jika terus ditadbir dengan baik, bersih – PM Anwar Bernama 15/02/2026 | 21:12 MYT Anwar (tengah) diiringi Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kiri) bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian hari ini. – Bernama PONTIAN: Malaysia mempunyai potensi luar biasa untuk mencapai kemajuan lebih pesat sekiranya terus ditadbir dengan baik dan bersih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata pencapaian ekonomi negara ketika ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang kukuh, didorong kestabilan pentadbiran dan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan.Advertisement Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata prestasi pertumbuhan ekonomi negara, khususnya pada suku keempat tahun lepas, melepasi jangkaan awal kerajaan.“Saya sendiri sebagai Menteri Kewangan terkejut dengan angka yang kita peroleh bagi suku tahun akhir tahun lepas.“Kita jangka pertumbuhan ekonomi kira-kira 5.4 hingga 5.5 peratus, tetapi Malaysia mencatat rekod pertumbuhan 6.4 peratus bagi suku keempat tahun lepas,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian dan Karnival Rakyat MADANI di sini hari ini.Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Perdana Menteri berkata pencapaian berkenaan bukan propaganda politik, sebaliknya mencerminkan kekuatan asas ekonomi negara serta keberkesanan dasar yang dilaksanakan kerajaan.Anwar berkata kejayaan itu turut disumbang oleh komitmen penjawat awam dan agensi penguatkuasaan dalam memastikan kestabilan serta kemajuan negara.Beliau berkata negara akan terus mencapai kemakmuran sekiranya kepimpinan kekal berpegang kepada prinsip tadbir urus yang baik.Dalam pada itu, Anwar berkata usaha membanteras jenayah termasuk penyeludupan dan dadah memerlukan kepimpinan tegas serta komitmen berterusan daripada semua pihak.Beliau turut menyeru umat Islam supaya memperbanyak sedekah dan amal jariah sepanjang Ramadan bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat.– BERNAMA Topic Berkaitan #anwar ibrahim #malaysia #potensi #kemajuan #Ekonomi #kestabilan #Karnival Rakyat MADANI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Malaysia ada potensi luar biasa jika terus ditadbir dengan baik, bersih – PM Anwar
