Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Feb – 1 Mac 2026 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram Advertisement Malaysia Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Feb – 1 Mac 2026 Bernama 28/02/2026 | 21:30 MYT Syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.Ini sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan perkembangan keselamatan serantau yang semakin meningkat.Advertisement Penerbangan yang terjejas adalah 😮 MH160 – 28 Feb, 2026 (KUL-DOH)o MH156 – 28 Feb, 2026 (KUL-JED)o MH158 – 28 Feb, 2026 (KUL-MED)o MH159 – 28 Feb, 2026 (MED-KUL)o MH161 – 28 Feb, 2026 (DOH-KUL)o MH164/MH165 – 1 Mac 2026 (DOH-KUL)o MH157 – 1 Mac 2026 (JED-KUL)Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan kekal ditangguhkan sementara menunggu penilaian lanjut terhadap situasi keselamatan.”Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi ‘My Booking’ untuk mendapatkan maklumat terkini.”Bantuan juga boleh diperolehi menerusi Sembang Langsung di laman web, atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia),” katanya.Sementara itu, penerbangan MH4 Kuala Lumpur (KUL)-London (LHR) dan MH20 Kuala Lumpur (KUL)- Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle (CDG) masih kekal mengikut jadual ditetapkan.Semua penerbangan tersebut beroperasi menggunakan laluan alternatif melalui ruang udara Afghanistan, jauh dari zon konflik yang terlibat.– BERNAMA Topic Berkaitan #Malaysia Airlines #penumpang #alternatif #Laman web Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun 26 minutes ago Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye 41 minutes ago Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram 56 minutes ago Malaysia Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV 5 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Dunia Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Feb – 1 Mac 2026
