Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025

Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh Advertisement Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 Kabeer Aziz 14/02/2026 | 10:00 MYT Maritim Malaysia akan memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap keselamatan aktiviti perairan negara. – Foto Maritim Malaysia. KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyatakan terdapat 1,786 mangsa berjaya diselamatkan daripada 1,930 mangsa menerusi 256 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pada 2025.Ketua pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata daripada jumlah tersebut terdapat 125 kematian direkodkan.Advertisement Beliau turut menekankan pematuhan prosedur keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan, membawa kit kecemasan serta Personal Locator Beacon (PLB), penggunaan bot yang berdaftar dan selamat serta pemantauan cuaca sebelum melakukan aktiviti di laut adalah aspek yang tidak boleh dikompromi.“Ia bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.Pada masa sama beliau turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan pelancongan maritim negara berada dalam keadaan terkawal, selain bersedia sepenuhnya menyokong penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).Rosli Abdullah berkata agensinya akan memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap keselamatan aktiviti perairan negara.Maritim Malaysia kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi memastikan semua aktiviti pelancongan maritim dapat dijalankan dengan selamat, berstruktur dan mematuhi piawaian keselamatan sepanjang tahun, ujarnya.Mengulas persediaan menjelang VM2026, beliau berkata tumpuan diberikan kepada pulau-pulau peranginan, perairan pantai, laluan feri dan bot penumpang, dan kawasan rekreasi laut.Pendekatan bukan hanya tertumpu kepada penguatkuasaan, tetapi melibatkan pencegahan awal dan pemantauan keselamatan proaktif bagi memastikan perairan Malaysia dirasai selamat oleh pelancong.Maritim Malaysia akan menyambut Hari Ulang Tahun Ke-21 pada 15 Februari ini di Miri, Sarawak dengan tema “21 Tahun Maritim Malaysia: Maritim Diperkasa, Samudera Terpelihara.”Sambutan ini menjadi platform memperkukuh hubungan strategik antara agensi maritim, industri pelancongan, komuniti perkapalan dan masyarakat setempat.Rosli Abdullah menegaskan bahawa keselamatan di laut adalah tanggungjawab bersama, dan menyeru semua pihak memainkan peranan agar TMM 2026 bukan sahaja merancakkan ekonomi, tetapi mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan maritim yang selamat dan diyakini dunia.    Topic Berkaitan #Maritim #malaysia #Mohd Rosli Abdullah #VM2026 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 14 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 24 minutes ago Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad 34 minutes ago Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh 43 minutes ago Dunia Tentera AS bunuh tiga orang dalam serangan terbaharu ke atas bot di Caribbean 54 minutes ago Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *