Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti

Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok Advertisement Malaysia Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti Bernama 25/02/2026 | 07:50 MYT Dr Ismuni menasihati individu yang bergejala supaya memakai pelitup muka atau menjalani saringan sebelum menghadiri aktiviti kemasyarakatan, khususnya di ruang tertutup, bagi melindungi individu lain yang mempunyai imuniti rendah. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Masyarakat digesa segera menjalani saringan awal bagi mengesan penyakit tuberkulosis (tibi) serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan imuniti badan berada pada tahap optimum untuk mencegah jangkitan itu.Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM) Dr. Ismuni Bohari berkata tindakan mendapatkan rawatan segera dan pengesanan awal adalah kunci utama bagi membolehkan pesakit sembuh sepenuhnya, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti.Advertisement Beliau berkata status jangkitan tibi di negara ini kekal stabil pada kadar antara 61 hingga 80 kes bagi setiap 100,000 penduduk sejak 2015, namun orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tidak bersikap terlalu selesa.”Tugasan kami di peringkat pencegahan adalah mengesan seramai mungkin individu yang berpotensi dijangkiti kes induk dan merawat mereka secepat mungkin. Lebih ramai yang dapat kita kesan dan rawat, lebih baik supaya mereka tidak terus menjangkiti orang lain.”Paling penting, jaga imuniti badan dan amalkan gaya hidup sihat, kekal aktif serta tidak merokok. Bagi anak-anak kecil, pastikan mereka menerima suntikan imunisasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG) sebagai perlindungan awal,” katanya dalam program bual bicara Ruang Bicara: Ancaman Tibi – Jangan Ambil Mudah terbitan Bernama TV, malam ini.Selain itu, Dr. Ismuni menasihati individu yang bergejala supaya memakai pelitup muka atau menjalani saringan sebelum menghadiri aktiviti kemasyarakatan, khususnya di ruang tertutup, bagi melindungi individu lain yang mempunyai imuniti rendah.Sementara itu, Pakar Perunding Respiratori Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr. Mat Zuki Mat Jaeb berkata penting juga untuk mengesan tibi pendam (latent TB), iaitu keadaan di mana kuman berada dalam badan tanpa menunjukkan sebarang gejala.Beliau berkata kuman tibi boleh berada dalam badan selama bertahun-tahun dan hanya menjadi aktif apabila imuniti badan seseorang lemah akibat faktor usia atau penyakit kronik seperti kencing manis dan kegagalan buah pinggang.”Tibi bukan sekadar batuk berpanjangan. Ia boleh menyerang organ lain, termasuk otak, yang boleh membawa maut atau menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh jika lewat dirawat.”Kita mempunyai kaedah saringan terbaru yang pantas, seperti ujian kulit tuberculin (Mantoux test) dan ujian darah, untuk mengesan kuman ini lebih awal. Rawatan tibi adalah percuma dan penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya jika pesakit mematuhi rejim ubat yang ditetapkan,” katanya.Beliau turut mengingatkan pesakit supaya tidak menghentikan rawatan sesuka hati walaupun sudah berasa sihat bagi mengelakkan kuman menjadi kebal ubat atau Multi-Drug Resistant TB (MDR-TB), yang jauh lebih sukar dan mengambil masa lebih lama untuk dirawat.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ismuni Bohari #Tibi #saringan awal #pelitup muka Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini 2 minutes ago Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir 11 minutes ago Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok 22 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain 31 minutes ago Malaysia Mangsa ribut di Taiping berkurangan pagi ini 42 minutes ago Malaysia Nga teruskan tradisi bersahur bersama warga JBPM 56 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *