MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong

MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen Advertisement Malaysia MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong Bernama 21/03/2026 | 18:52 MYT Tiong berkata kementerian sedang memantau rapat kesan kenaikan harga diesel yang boleh memberi tekanan kepada sektor pengangkutan pelancongan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diarah memulakan konsultasi segera dengan Kementerian Kewangan bagi merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel terhadap sektor pengangkutan pelancongan.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu diambil susulan maklum balas daripada persatuan serta pemain industri yang terkesan akibat peningkatan kos operasi.Advertisement “Perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada situasi semasa serta mempertimbangkan langkah-langkah bersasar termasuk sokongan bersifat sementara bagi membantu mengurangkan tekanan jangka pendek yang timbul, yang sebahagiannya dipengaruhi oleh perkembangan di Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.Beliau berkata kementerian sedang memantau rapat kesan kenaikan harga diesel yang boleh memberi tekanan kepada sektor pengangkutan pelancongan.“Sekiranya tidak ditangani dengan baik, keadaan ini boleh memberi kesan berantai kepada pelancongan masuk, perniagaan serta kestabilan keseluruhan ekosistem pelancongan,” katanya.Tiong berkata sektor pengangkutan pelancongan merupakan tonggak penting dalam industri pelancongan negara dan perlu diperkukuh dari segi piawaian keselamatan, prestasi kenderaan serta mutu perkhidmatan kepada pelawat.Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan mengambil pendekatan “menstabilkan dan menaik taraf” sektor berkenaan bagi membantu pengusaha menghadapi cabaran semasa, selain menggalakkan penambahbaikan secara berperingkat termasuk pembaharuan kenderaan, sokongan kewangan yang bersesuaian serta penambahbaikan rangka kerja pengawalseliaan.Menurut Tiong sebarang bentuk sokongan yang diperkenalkan akan dirangka dengan mengambil kira pembangunan jangka panjang industri, bukan sekadar penyelesaian sementara.“Objektif kerajaan bukan sekadar untuk meredakan kesan langsung yang dihadapi, tetapi untuk membina sistem pengangkutan pelancongan yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing,” katanya.Pada masa sama, beliau menggesa pemain industri supaya terus berhubung rapat dengan kerajaan serta terlibat dalam dialog secara rasional bagi memastikan kestabilan sektor tersebut selain menyokong kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026.Tiong turut berharap semua pihak kekal tenang dan bertindak secara berhemah, sambil menegaskan kerajaan akan berusaha menyeimbangkan pelbagai kepentingan terlibat dalam mencari penyelesaian munasabah serta pelaksanaan yang sesuai.– BERNAMA Topic Berkaitan #Tiong King Sing #MOTAC #Pelancongan #pengusaha pengangkutan #diesel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun 2 minutes ago Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak 32 minutes ago Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen 1 hour ago Dunia AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan – Trump 1 hour ago Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang 2 hours ago Malaysia MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *