Na’imah, dua anak dan peguam fail saman terhadap kerajaan

Na’imah, dua anak dan peguam fail saman terhadap kerajaan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia Advertisement Malaysia Na’imah, dua anak dan peguam fail saman terhadap kerajaan Astro AWANI 06/03/2026 | 19:14 MYT Saman yang difailkan oleh Toh Puan Na’imah Abdul Khalid berkaitan siasatan ke atas mereka berhubung dakwaan terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan. -Gambar fail KUALA LUMPUR: Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, dua anaknya, serta dua peguam keluarga berkenaan hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Kerajaan Malaysia.Saman itu berkaitan siasatan ke atas mereka berhubung dakwaan terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan.Advertisement Plaintif terdiri daripada Na’imah; dua anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin; serta dua peguam, Amir Zharif Abdullah dan Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.Mereka memohon perisytiharan bahawa siasatan yang dimulakan oleh KPN dan kerajaan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, susulan laporan polis bertarikh 26 Februari lalu, adalah tidak sah dan tidak berasas.Selain itu, plaintif turut meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa siasatan tersebut bersifat tidak berperlembagaan, dijalankan dengan niat jahat, mempunyai tujuan terselindung serta merupakan penyalahgunaan kuasa statutori.Sebagai balu kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Na’imah bersama plaintif lain juga mencabar keabsahan Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Mereka berhujah bahawa peruntukan yang melarang “aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen” itu adalah kabur, terlalu luas dan tidak seimbang sekali gus bertentangan dengan Perkara 5, Perkara 8 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Plaintif turut memohon supaya tindakan KPN dan kerajaan memulakan serta meneruskan siasatan tersebut diisytiharkan sebagai melanggar kebebasan asasi yang dijamin Perlembagaan.Mereka juga memohon perintah interim bagi menghalang KPN dan kerajaan daripada menggunakan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah‑Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 124B, sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai isu perlembagaan yang dibangkitkan.Menurut kenyataan peguam plaintif, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, tindakan saman itu difailkan demi kepentingan awam bagi mencabar apa yang disifatkan sebagai penyalahgunaan kuasa serta memberhentikan dakwaan tidak benar mengenai wujudnya “komplot Zionis” untuk menjatuhkan kerajaan.Sebelum ini, KPN mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara, melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan yang didakwa memiliki kaitan dengan agensi media antarabangsa.Na’imah pula menegaskan beliau tidak pernah terlibat, mempertimbang atau menyokong apa‑apa usaha yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan yang dipilih rakyat.  Topic Berkaitan #Na’imah Abdul Khalid #tun daim zainuddin #komplot zionis #anwar ibrahim #KPN #kerajaan malaysia #SOSMA #saman pemula Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 3 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 18 minutes ago Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia 33 minutes ago Malaysia Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil 1 hour ago Malaysia AKM dicadang masukkan elemen penerangan MA63 dalam modul latihan 1 hour ago Politik PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *