Op Khas Pagar Laut: 800 anggota APMM diatur gerak, 275 aset Maritim siap siaga

Op Khas Pagar Laut: 800 anggota APMM diatur gerak, 275 aset Maritim siap siaga | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia Op Khas Pagar Laut: 800 anggota APMM diatur gerak, 275 aset Maritim siap siaga Faida Rahim 26/02/2026 | 20:23 MYT Saifuddin berkata pelaksanaan operasi akan dibahagikan kepada empat fasa strategik iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penguatkuasaan Pra-Perayaan, Fasa Penguatkuasaan Semasa Perayaan dan Fasa Pemantauan & Post Exercise Debrief (PXD). – Foto AWANI PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memulakan Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara bermula esok, 27 Februari sehingga 10 April 2026.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi khas tahunan sempena musim Ramadan dan Syawal ini diperkukuh bagi mengekang peningkatan risiko jenayah rentas sempadan dalam tempoh tersebut.Advertisement “Statistik jelas menunjukkan Kerajaan MADANI tidak berkompromi dengan mana-mana sindiket yang menjadikan laut sebagai ‘pintu belakang’ negara.“Bagi memastikan kedaulatan kita terus terpelihara, seramai 800 pegawai dan anggota APMM akan diatur gerak sepanjang tempoh ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Tinjauan Sempena Operasi Khas Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah, Pusat Hidrografi Nasional di sini pada Khamis.Beliau menjelaskan bahawa kekuatan operasi tahun ini turut disokong oleh kesiapsiagaan 275 aset merangkumi kapal, bot peronda dan pesawat udara yang akan melaksanakan pemantauan serta rondaan secara 24 jam.Menurut beliau, pelaksanaan operasi akan dibahagikan kepada empat fasa strategik iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penguatkuasaan Pra-Perayaan, Fasa Penguatkuasaan Semasa Perayaan dan Fasa Pemantauan & Post Exercise Debrief (PXD).Mengulas mengenai keberkesanan operasi terdahulu bagi tempoh 2020 hingga 2025, beliau mendedahkan sebanyak 344 kes tangkapan telah direkodkan dengan nilai rampasan mencecah RM106.7 juta.”Dalam tempoh yang sama, kita juga berjaya mematahkan 863 kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melibatkan 3,700 individu.“Sabah mencatatkan rekod kes tertinggi dengan 90 kes, diikuti Perak (71 kes) dan Johor (52 kes),” tambah beliau.Sementara itu, beliau turut menegaskan kepentingan kolaborasi antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti PDRM, Jabatan Imigresen (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).”Perkongsian risikan dan pelaksanaan operasi bersepadu adalah keutamaan kami. Kerjasama turut diperluas bersama TLDM, Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan, dan Jabatan Laut bagi memastikan impak yang lebih besar dicapai dalam melindungi perairan negara,” tegasnya. Topic Berkaitan #APMM #saifuddin nasution ismail #op khas pagar laut #Maritim Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 5 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 16 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *