OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 Advertisement Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan Amanz 16/02/2026 | 13:00 MYT DeepSeek didakwa menggunakan kaedah terselindung untuk mengakses model AI AS, kemudian memanfaatkan outputnya bagi melatih model baharu mereka. -Foto fail/Amanz OPENAI menuduh syarikat kecerdasan buatan China, DeepSeek, meniru model AI milik Amerika Syarikat (AS) melalui penggunaan teknik sulingan (distillation) dan kaedah memintas sekatan akses, menurut satu memo yang dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan AS mengenai Persaingan Strategik dengan Parti Komunis China.Memo bertarikh 12 Feb itu mendakwa DeepSeek menggunakan kaedah terselindung untuk mengakses model AI A.S., kemudian memanfaatkan outputnya bagi melatih model baharu mereka.Advertisement OpenAI mendakwa telah mengesan akaun berkaitan kakitangan DeepSeek yang cuba memintas kawalan keselamatan dengan menggunakan pelayan proksi serta router pihak ketiga bagi menyembunyikan lokasi sebenar. Usaha itu, menurut OpenAI, membolehkan DeepSeek memperoleh output model untuk tujuan sulingan secara automatik dan berskala besar.Teknik ini membolehkan model baharu “mewarisi” pola dan tingkah laku model matang tanpa perlu mengakses kod dalaman secara langsung.DeepSeek sebelum ini mencetuskan perhatian global apabila model-model seperti DeepSeek‑V3 dan R1 menunjukkan prestasi hampir menyamai model termaju Amerika, walaupun firma itu mendakwa latihan model mereka dilakukan dengan kos lebih rendah.Namun, OpenAI berhujah bahawa kejayaan tersebut mungkin hasil “free‑ride” ke atas model frontier AS, sekali gus menjejaskan pulangan pelaburan syarikat-syarikat yang telah melabur berbilion dolar dalam prasarana AI.Memo itu turut memberi amaran bahawa peniruan melalui sulingan besar-besaran boleh menyebabkan isu keselamatan kerana langkah keselamatan terbina dalam model asal tidak semestinya berpindah ke model tiruan.Terdapat juga kebimbangan geopolitik kerana model yang disuling mungkin menyimpan ciri-ciri penyensoran atau tingkah laku sensitif lain yang sejajar dengan dasar negara tertentu.Laporan Bloomberg dan Reuters menyatakan bahawa beberapa respons DeepSeek didapati menyekat topik politik sensitif seperti Taiwan dan Tiananmen.Reaksi dalam talian pula bercampur antara skeptikal dan sinis.Ada yang mentertawakan OpenAI kerana dituduh bersikap hipokrit, memandangkan syarikat itu sendiri sebelum ini dikritik kerana menggunakan karya intelek daripada pelbagai sumber tanpa kebenaran bagi melatih modelnya.Walaupun laporan ini mencetuskan perdebatan mengenai hala tuju AI global, DeepSeek setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuduhan tersebut. -Amanz Topic Berkaitan #OpenAI #DeepSeek #AI distillation #teknik penyulingan #model AI AS #ChatGPT #Kecerdasan Buatan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI 3 minutes ago Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan 18 minutes ago Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 48 minutes ago Dunia Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera 58 minutes ago Politik Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu 1 hour ago Teknologi Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan
