PBT laksana penguatkuasaan buang sampah di negeri tidak terima pakai Akta 672 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Poster tular bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu – MOF Malaysia Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia Malaysia Tidak sangka bunyi letupan rupanya kebakaran – Mangsa Advertisement Malaysia PBT laksana penguatkuasaan buang sampah di negeri tidak terima pakai Akta 672 Bernama 22/02/2026 | 16:24 MYT Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bercakap kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina Perak Chinese Assembly Hall hari ini. – Foto Bernama IPOH: Negeri yang tidak menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan melaksanakan penguatkuasaan bagi menangani isu pembuangan sampah kecil melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Perak termasuk antara lima negeri yang tidak menerima pakai akta itu selain Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.Advertisement “Setakat ini, sudah nampak hasil (menangani isu itu) dan usaha penguatkuasaan undang-undang akan diteruskan dan diperkasakan untuk negeri yang menerima Akta 672.”Cuma di Perak, penguatkuasaan dilaksanakan oleh PBT (contoh) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kena pergi tangkap pesalah manakala negeri yang menerima pakai akta itu dibuat oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” katanya.Nga berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Perak di sini hari ini.Akta 672 setakat ini diguna pakai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah, Perlis dan Pahang.Bermula 1 Jan, pesalah yang membuang sampah merata-rata di tempat awam di Malaysia berdepan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam, selain denda sehingga RM2,000.Nga berkata pelaksanaan hukuman itu menunjukkan perkembangan positif selepas pesalah berjanji tidak akan mengulangi kesalahan selain mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.”Sebelum Tahun Baharu Cina sebanyak 755 orang ditahan dengan 478 telah didakwa ke mahkamah dan 15 sudah dikerah untuk menyapu jalan dan mengutip sampah.”Ini satu pengajaran sebab itu saya selalu tegaskan, undang-undang khidmat masyarakat bersifat untuk mendidik bukan bersifat menghukum dan kita mahu rakyat kita celik supaya tidak buang sampah merata-rata,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 #Akta 672 #Nga Kor Ming #pembuangan sampah #PBT Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Poster tular bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu – MOF 5 minutes ago Malaysia Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia 17 minutes ago Malaysia Tidak sangka bunyi letupan rupanya kebakaran – Mangsa 23 minutes ago Dunia Tentera Israel lancar serangan udara, artileri di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa 34 minutes ago Malaysia Dewa 19, Padi Reborn gegar Axiata Arena 6 Jun 2026 36 minutes ago Politik Pas dijangka ambil alih kerusi Ketua Pembangkang 46 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PBT laksana penguatkuasaan buang sampah di negeri tidak terima pakai Akta 672
