Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin

Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang Advertisement Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin Astro AWANI 22/02/2026 | 18:06 MYT Amirudin ketika sidang media sebelum meninjau kawasan pencemaran Sungai Kabul yang berpunca daripada kebocoran tangki minyak di sebuah premis kilang plastik di sekitar Beranang, hari ini. – Foto Astro AWANI HULU LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap dua premis kitar semula yang dikenal pasti menjadi punca insiden pencemaran bau di Sungai Kabul, Semenyih.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membuka dua kertas siasatan terhadap dua premis terlibat susulan pencemaran bau yang dikesan sehingga tahap tujuh ton di muka sauk.Advertisement Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Enakmen LUAS yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan.Premis terlibat juga pernah dikenakan tindakan kompaun pada tahun 2025.“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang serius terhadap aktiviti ini. Berdasarkan bukti serta sampel yang dihantar ke makmal, memang jelas terdapat pelanggaran yang menyebabkan pencemaran bau berlaku,” katanya semasa hadir melakukan tinjauan pencemaran di sekitar Sungai Kabul dan Jalan Perindustrian Mahkota, pada Ahad. Image Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turun padang meninjau kejadian pencemaran Sungai Kabul yang berpunca daripada kebocoran tangki minyak di sebuah premis kilang plastik di sekitar Beranang, hari ini. – Foto Bernama Beliau turut mengarahkan agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar dan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjalankan siasatan segera terhadap beberapa lagi premis di kawasan sama bagi mengelakkan kejadian berulang.Dalam pada itu, Air Selangor telah menggerakkan pasukan bagi membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat susulan pencemaran bau yang dikesan pada 19 Februari lepas, termasuk mengoperasikan beberapa lori sedutan serta menempatkan helaian sedut minyak (oil pads) dan joran minyak (oil booms) di lokasi kejadian bagi tujuan kawalan dan pembersihan.Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, tindakan itu merupakan sokongan kepada LUAS dan Kerajaan Negeri Selangor di samping mempertingkatkan pemantauan kualiti air mentah bagi memastikan operasi loji rawatan air kekal stabil dan terkawal.Sebagai langkah mitigasi tambahan, Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) serta pelarasan sistem agihan bekalan air (supply diversion) telah diaktifkan bagi memastikan kestabilan sistem bekalan. Jelasnya, pengaktifan SJAM berjaya mengelakkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 400,000 akaun pengguna susulan kejadian itu.Pensampelan air telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut dan pemantauan intensif diteruskan bagi memastikan tiada lagi risiko kepada operasi loji serta bekalan air di kawasan terjejas.“Air Selangor sentiasa komited dalam memastikan keterjaminan bekalan air kepada para pengguna. Saya ingin merakamkan penghargaan di atas komitmen dan dedikasi tinggi pasukan kami yang telah bertindak pantas di lapangan dalam menyokong usaha kawalan dan pembersihan.”Keutamaan kami adalah memastikan operasi loji rawatan air kekal stabil dan bekalan air terawat yang bersih dan selamat terus disalurkan kepada 9.62 juta pengguna,” katanya.  Topic Berkaitan #Amirudin Shari #pencemaran #Air Selangor #Beranang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin few seconds ago Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas 21 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang 49 minutes ago Dunia Seoul bantah 'Hari Takeshima', gesa Jepun henti tuntutan ke atas Dokdo 51 minutes ago Malaysia Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA 1 hour ago Hiburan Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *