Penjawat awam Selangor terima Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji

Penjawat awam Selangor terima Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia Penjawat awam Selangor terima Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji Bernama 27/02/2026 | 20:20 MYT Menteri Besar Amirudin Shari berkata insentif bagi menghargai pencapaian cemerlang penjawat awam Negeri Selangor itu akan mula dimasukkan pada 19 Mac nanti. – Gambar fail SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 bagi penjawat awam negeri berkenaan.Menteri Besar Amirudin Shari berkata insentif bagi menghargai pencapaian cemerlang penjawat awam Negeri Selangor itu akan mula dimasukkan pada 19 Mac nanti.Advertisement “Gaji akan dimasukkan antara 13 hingga 16 Mac, jadi tak perlu takut untuk berbelanja dahulu, nanti 19 Mac akan masuk bayaran insentif,” katanya ketika berucap pada Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor di sini hari ini.Beliau berkata bagi pemimpin masyarakat seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya dan Penggerak Belia Selangor pula akan menerima sebanyak satu bulan elaun minimum RM500.Turut diumum insentif sebanyak RM500 kepada petugas masjid dan Guru Rakyat.Amirudin berkata kerajaan negeri juga bersetuju meluaskan insentif itu kepada 50,000 penjawat awam Persekutuan termasuk polis, tentera, bomba, guru, dan jururawat bergaji RM3,000 ke bawah, lantikan tetap dan berkhidmat di Selangor sebanyak RM300.Beliau juga mengumumkan insentif khas kewangan sebanyak RM1,000 bagi pengamal media yang berdaftar di bawah Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor setakat hari ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Selangor #penjawat awam #Insentif Khas Aidilfitri #Amirudin Shari Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *