Penutupan Selat Bab al-Mandeb 'berkemungkinan' di tengah perang Iran-AS – Pegawai Houthi Yaman | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Advertisement Dunia Penutupan Selat Bab al-Mandeb 'berkemungkinan' di tengah perang Iran-AS – Pegawai Houthi Yaman Bernama 29/03/2026 | 21:58 MYT Kebarangkalian penutupan selat strategik itu atau serangan ke atas kapal yang melaluinya, bergantung kepada peningkatan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat, serta persiapan Amerika untuk sebarang pergerakan darat. – Astro AWANI ISTANBUL: Seorang pegawai Houthi di Yaman tidak menolak kemungkinan penutupan Selat Bab al-Mandeb, yang menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden, sebagai sebahagian daripada peningkatan ketenteraan berterusan antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel, ketika perang memasuki bulan kedua, lapor Anadolu Ajansi (AA).Kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel pada Sabtu, yang pertama oleh Kumpulan Yaman yang disokong Iran itu sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Tehran bulan lepas.Advertisement “Kami berada dalam penyelarasan bersama dengan saudara kami di Iran, Lubnan dan Iraq,” kata Mohammed Mansour, Timbalan Menteri Penerangan dalam Kerajaan Houthi, kepada Al-Araby Television pada Sabtu.Beliau berkata Houthi menyertai konflik itu “untuk memberi sokongan kepada saudara kami di Iran yang sedang bertempur dalam pertempuran epik” serta Kumpulan Lubnan, Hizbullah.Mansour berkata tindakan Houthi menyertai perang itu “bertujuan meningkatkan tekanan ke atas Israel dan Amerika Syarikat.” “Setiap langkah yang kami ambil dikira dengan teliti agar berkesan dan meningkatkan tekanan terhadap Israel dan Amerika Syarikat,” katanya.Yaman “memikul tanggungjawab moral, agama dan kemanusiaan terhadap Iran, Hizbullah serta Pasukan Mobilisasi Popular Iraq,” kata pegawai Houthi itu, sambil menyifatkan pakatan itu sebagai “terutamanya bertujuan menyokong Palestin.”Mansour berkata, Kumpulan Houthi mempunyai banyak pilihan untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel dan Amerika Syarikat dalam perang semasa dengan Iran.“Laut Merah, Teluk Aden dan Bab al-Mandeb akan menjadi antara pilihan,” katanya. Laut Merah adalah antara laluan laut paling sibuk di dunia bagi penghantaran minyak dan bahan api.Kami mempunyai pengalaman luas dalam operasi laut dan darat, dan campur tangan kami sebelum ini untuk menyokong Gaza adalah antara kejutan penting kepada dunia,” katanya.Kumpulan Houthi sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel serta laluan perkapalan di Laut Merah sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 72,000 orang sejak Oktober 2023.Mengenai kemungkinan penutupan selat strategik itu atau serangan ke atas kapal yang melaluinya, Mansour berkata: “Ia bergantung kepada peningkatan oleh Israel dan Amerika Syarikat, serta persiapan Amerika untuk sebarang pergerakan darat.”“Kepimpinan Yaman membuat keputusan secara bebas berdasarkan penilaian ketenteraan dan politik, dengan mengambil kira setiap langkah akan dikira dan berkesan.”Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat, menyebabkan korban jiwa dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #yaman #Houthi #Selat Bab al-Mandeb #Iran #serangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 13 minutes ago Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel 35 minutes ago Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah 1 hour ago Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara 1 hour ago Malaysia Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk 1 hour ago Dunia Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Penutupan Selat Bab al-Mandeb 'berkemungkinan' di tengah perang Iran-AS – Pegawai Houthi Yaman
