Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Tiada notis lanjutan, penghuni 100 rumah di Kampung Sembulan Tengah perlu segera berpindah Politik PKR Johor kenal pasti 28 kerusi berpotensi pada PRN Dunia Ketegangan Asia Barat jejas pasaran global, asas ekonomi Malaysia kekal kukuh sebagai penampan – Ahli ekonomi Advertisement Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 Bernama 04/03/2026 | 19:45 MYT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM78,000 pada 2022. – Foto Sinar Harian SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM78,000 pada 2022.Suapan itu didakwa sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan asrama di tempat dia bekerja.Advertisement Lelaki berusia lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Khas Trafik di sini. Menurut sumber, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira 4.40 petang semalam.“Siasatan awal mendapati dia dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pemilik syarikat kontraktor baik pulih.“Nilai keseluruhan kerja penyelenggaraan yang dilakukan di tempat suspek tersebut bekerja dianggar bernilai kira-kira RM114,000,” katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.– BERNAMA Topic Berkaitan #SPRM Negeri Sembilan #TAHAN #penyelia asrama #rasuah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Tiada notis lanjutan, penghuni 100 rumah di Kampung Sembulan Tengah perlu segera berpindah 3 minutes ago Politik PKR Johor kenal pasti 28 kerusi berpotensi pada PRN 7 minutes ago Dunia Ketegangan Asia Barat jejas pasaran global, asas ekonomi Malaysia kekal kukuh sebagai penampan – Ahli ekonomi 17 minutes ago Bisnes Ringgit meningkat semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS dipacu permintaan baharu 22 minutes ago Dunia Perkhidmatan internet di Iran terputus lebih 84 jam 37 minutes ago Malaysia Kementerian Perpaduan Negara nafi gagal tangani isu perkauman 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000
