Perselisihan kecil perlu ditangani segera, elak negara ‘kacau-bilau’ – PM Anwar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar Advertisement Malaysia Perselisihan kecil perlu ditangani segera, elak negara ‘kacau-bilau’ – PM Anwar Bernama 20/03/2026 | 17:30 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar dengan orang ramai pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di sini hari ini. – Foto Bernama BUKIT MERTAJAM: Sebarang perselisihan kecil dalam negara perlu ditangani segera supaya tidak berkembang menjadi krisis yang boleh menggugat keamanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan bahawa perpaduan rakyat, kestabilan dan keselamatan negara perlu menjadi keutamaan ketika Malaysia berdepan tekanan ekonomi serta ketidaktentuan akibat konflik antarabangsa.Advertisement “Sebab kita belajar, kalau mula bergaduh saja, hancur negara, ekonomi habis, orang ada kerja pun hilang kerja, yang hidup sihat pun terkorban.“Jadi, kita jangan tunggu sampai keadaan itu, kerana kita bernasib baik masih lagi bertahan,” kata beliau ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini hari ini.Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang isu melibatkan sensitiviti agama atau kaum perlu diselesaikan mengikut undang-undang dan melalui rundingan, bukan dengan emosi mahupun provokasi.Sehubungan dengan itu, Anwar menyeru rakyat agar terus memperkukuh semangat kebersamaan, mengelakkan perpecahan serta mengekalkan keharmonian demi masa hadapan negara.“Jaga keamanan negara kerana kita ada pelbagai kaum dan agama. Mana ada negara di dunia yang ada pelbagai kaum, pelbagai agama, boleh aman dan tenang seperti (Malaysia) ini. Panas sikit, tak puas hati sikit, merajuk sikit, itu biasalah tak apa boleh tahan lagi tetapi jangan gaduh,” kata beliau.Pada masa sama, Perdana Menteri turut memuji sikap toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, yang menjadi kekuatan utama Malaysia.Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan negara melalui mesyuarat berkala termasuk bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), selain menggerakkan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keadaan kekal terkawal.Beliau berkata kerajaan juga telah mengarahkan pemantauan rapi pada semua peringkat bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dalam menghadapi cabaran semasa.“Negara lain sedang bergolak, ekonomi mereka jatuh, nilai mata wang merosot. Kita masih bertahan kerana kestabilan dan kita urus dengan baik,” kata beliau.– BERNAMA Topic Berkaitan #anwar ibrahim #perpaduan #perselisihan #aman #PDRM Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 1 hour ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 1 hour ago Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar 1 hour ago Dunia China komited teruskan usaha pengantaraan bagi tamatkan konflik di Asia Barat 1 hour ago Dunia Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza 1 hour ago Malaysia Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perselisihan kecil perlu ditangani segera, elak negara ‘kacau-bilau’ – PM Anwar
