Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Advertisement Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail Bernama 07/03/2026 | 10:00 MYT Langkah itu diambil bagi mempercepat proses pemulihan infrastruktur yang terjejas supaya operasi perkhidmatan Laluan Putrajaya dapat kembali berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat. – Gambar hiasan/BERNAMA KUALA LUMPUR: Terdapat perubahan pada jadual operasi tren terakhir Laluan Putrajaya pada hari ini dan esok bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih susulan insiden kecurian kabel bekalan kuasa yang menjejaskan operasi perkhidmatan, menurut Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).Dalam kenyataan hari ini Rapid Rail memaklumkan, tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menghala ke Kwasa Damansara, iaitu pada 11.35 malam ini dan 11.05 malam esok akan ditamatkan di Stesen Metro Prima.Advertisement Bagi memastikan perjalanan penumpang dapat diteruskan, perkhidmatan bas percuma akan disediakan dari Stesen Metro Prima ke stesen-stesen seterusnya sehingga ke Stesen Kwasa Damansara dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.”Selain itu, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Kwasa Damansara juga boleh menggunakan Laluan Kajang sebagai laluan alternatif,” menurut kenyataan itu. Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kekal beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan.Menurut Rapid Rail, langkah itu diambil bagi mempercepat proses pemulihan infrastruktur yang terjejas supaya operasi perkhidmatan Laluan Putrajaya dapat kembali berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat.Sejak insiden kecurian kabel dikesan pada 3 Mac lepas, katanya pasukan teknikal Rapid Rail telah digerakkan sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang terjejas bagi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan dengan selamat dan stabil.”Bagi mempercepat kerja baik pulih, tempoh kejuruteraan pada waktu malam Sabtu dan Ahad akan dipanjangkan bagi memberikan ruang tambahan kepada pasukan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan semula kabel, pengujian sistem serta pemeriksaan keselamatan pada infrastruktur yang terlibat,” menurut kenyataan itu.Penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status perkhidmatan melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.– BERNAMA Topic Berkaitan #Rapid Rail #laluan putrajaya #perubahan jadual #Curi Kabel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 13 minutes ago Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican 23 minutes ago Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor 43 minutes ago Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran 53 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO 1 hour ago Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail
