Piala Malaysia: Misi JDT belum selesai | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan Advertisement Sukan Piala Malaysia: Misi JDT belum selesai Astro Arena 14/02/2026 | 18:59 MYT Munoz sentiasa menuntut komitmen tinggi daripada pasukannya dalam setiap perlawanan dan percaya kemenangan ke atas Melaka mampu dijadikan suntikan semangat. – Gambar fail MISI kami belum selesai, kata ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, meskipun pasukannya sudah selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam Melaka 5-0 dalam aksi suku akhir pertama di Iskandar Puteri malam tadi.Baginya, bekalan 5 gol yang akan di bawa ke Stadium Hang Jebat pada 25 Februari ini bukan jaminan untuk Harimau Selatan berada di zon selesa, sebaliknya mereka perlu terus bekerja keras demi memastilkan prestasi pasukan di tahap terbaik.Munoz sentiasa menuntut komitmen tinggi daripada pasukannya dalam setiap perlawanan dan percaya kemenangan yang diraih ke atas Melaka mampu dijadikan suntikan semangat menjelang aksi getir, perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Vissel Kobe pada Selasa ini.”Ini adalah perkara terpenting, di mana ini adalah sikap yang kami perlu tunjukkan. Kami perlu berjuang dan hormat kepada lawan,” katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.”Apabila kami bertandang ke laman mereka, kami perlu membariskan kesebelasan terbaik untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu.”Sepanjang Februari ini, kami ada lapan atau sembilan perlawanan dalam tempoh 28 hari. Ia satu situasi yang sukar dan mengundang masalah, jadi amat penting untuk kami memiliki potensi penuh dalam skuad kami bagi menghadapi semua kejohanan.”Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi, tiga jaringan JDT disumbangkan penyerang import kelahiran Bosnia Herzegovina, Ajdin Mujagic, selain dua lagi jaringan, masing-masing menerusi penyudah Manuel Hidalgo dan Marcos Guilherme.Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com Advertisement Topic Berkaitan #Piala Malaysia #JDT #bola sepak #Xisco Munoz #Melaka #prestasi pasukan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 7 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 18 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 37 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Piala Malaysia: Misi JDT belum selesai
