Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat berhubung rakyatnya didakwa sertai IDF | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Dunia Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat berhubung rakyatnya didakwa sertai IDF Bernama 19/02/2026 | 22:42 MYT Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan bahawa ia tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan bahawa dua rakyat Singapura terlibat dalam pertempuran sebagai sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF). – Gambar fail SINGAPURA: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan bahawa ia tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan bahawa dua rakyat Singapura terlibat dalam pertempuran sebagai sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF), lapor media tempatan.Kementerian itu mengambil maklum mengenai laporan media asing yang mendakwa dua rakyat Singapura adalah antara individu yang bertempur untuk IDF di Gaza.Advertisement “MHA tidak mempunyai sebarang maklumat berasas pada ketika ini bahawa mana-mana rakyat Singapura sedang atau pernah bertempur sebagai sebahagian daripada IDF,” kata kementerian itu seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times (ST) pada Khamis.MHA berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada ST berhubung laporan pada 11 Feb yang diterbitkan oleh saluran kewartawanan penyiasatan British, Declassified UK.Laporan itu menyatakan bahawa dua pemegang pasport Singapura adalah antara mereka yang dikenal pasti – seorang dilaporkan warganegara Singapura yang turut memegang kerakyatan Israel, manakala seorang lagi dikatakan memiliki pelbagai kewarganegaraaan.Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan peranan yang didakwa dipikul oleh rakyat Singapura berkenaan atau tempoh penglibatan mereka.– BERNAMA Topic Berkaitan #Singapura #IDF #Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri #rakyat singapura Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh 8 minutes ago Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin 25 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 36 minutes ago Dunia Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Puerto Rico – GFZ 41 minutes ago Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur 1 hour ago Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat berhubung rakyatnya didakwa sertai IDF
