Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan

Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan Bernama 26/02/2026 | 21:47 MYT Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kelulusan dasar bagi pindaan itu telah dipersetujui Kabinet manakala draf Rang Undang-Undang (Blue Bill) kini di peringkat akhir untuk dimuktamad sebelum dibawa semula kepada Jemaah Menteri. PUTRAJAYA: Pemberian perlindungan dan ganjaran kepada pemberi maklumat ialah antara cadangan peruntukan baharu di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712) yang kini dalam proses pindaan di peringkat akhir.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kelulusan dasar bagi pindaan itu telah dipersetujui Kabinet manakala draf Rang Undang-Undang (Blue Bill) kini di peringkat akhir untuk dimuktamad sebelum dibawa semula kepada Jemaah Menteri.Advertisement Beliau berkata Blue Bill berkenaan telah mendapat pelepasan Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang kepada Kabinet menjelang penghujung Ramadan ini sebelum dibentangkan pada sidang Parlimen seterusnya.Armizan berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Penandatanganan Surat Persefahaman (LoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.Beliau berkata pindaan itu merangkumi 14 cadangan peruntukan baharu dan penambahbaikan bagi memperkukuh kerangka perundangan berkaitan persaingan serta memperkasa peranan MyCC dalam membanteras amalan kartel selain memperkukuh ekosistem pasaran yang adil, telus dan berdaya saing.Beliau berkata Akta 712 sedia ada tidak mempunyai peruntukan khusus berhubung perlindungan kepada pemberi maklumat manakala Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) pula tidak terpakai kepada penguatkuasaan MyCC.Armizan berkata hal ini kerana tindakan di bawah Akta Persaingan 2010 bersifat sivil manakala Akta 711 hanya meliputi pendedahan berkaitan kesalahan tatatertib dan jenayah.”Cadangan ini akan memberi kuasa secara langsung kepada MyCC untuk melindungi pemberi maklumat. Ini termasuk menjamin kerahsiaan identiti serta apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pendedahan identiti tersebut sama ada dalam prosiding MyCC, Tribunal Rayuan Persaingan atau mana-mana prosiding sivil dan jenayah di bawah Akta 712 ini,” katanya.Beliau berkata cadangan pemberian ganjaran pula memperuntukkan kuasa kepada MyCC untuk menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat, bantuan atau mengemukakan pertanyaan sehingga membawa kepada penemuan pelanggaran atau pensabitan kesalahan di bawah Akta 712.”Pendekatan ini dijangka menarik kerjasama yang lebih proaktif daripada orang awam dan pihak industri, khususnya dalam membongkar kegiatan kartel tipuan bida dan monopoli bermasalah yang semakin kompleks,” katanya.Mengenai LoU antara KBS dan MyCC, Armizan berkata kerjasama strategik merupakan pendekatan seluruh kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan agenda mengekang kewujudan amalan kartel atau pakatan tipuan bida dalam proses perolehan awam.Beliau berkata kerjasama antara KBS dan MyCC merupakan LoU keenam selepas Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Wilayah Persekutuan.”Menerusi LoU ini, MyCC dan KBS menetapkan kerjasama meliputi tiga skop utama iaitu penyediaan laporan penilaian awal unsur tipuan bida dalam perolehan, khidmat latihan secara berkala kepada pegawai perolehan di KBS dan agensi di bawahnya serta khidmat nasihat berkenaan sebarang isu persaingan dan risiko dalam proses perolehan,” katanya.LoU itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Pengerusi MyCC Tan Sri Idrus Harun.Sementara itu, Mohammed Taufiq berkata KBS mempunyai skala perolehan yang besar melibatkan kira-kira 50 tender serta purata 300 sebut harga terus, justeru langkah berkenaan penting bagi memastikan setiap proses dilaksanakan secara telus dan berintegriti.”Dengan adanya penandatanganan ini, KBS akan lebih bersedia untuk memastikan tidak berlaku ketirisan khususnya dalam projek-projek di bawah kementerian kerana amalan kartel dan perkara yang tidak sepatutnya akhirnya membawa kepada projek sakit serta membantutkan proses membina belia dan memperkasa sukan negara,” katanya. – BERNAMA Topic Berkaitan #akta persaingan #perlindungan #MyCC #Armizan Mohd Ali Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 9 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 19 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *