PPM rampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api bernilai lebih RM627,000 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung Advertisement Malaysia PPM rampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api bernilai lebih RM627,000 Bernama 24/02/2026 | 20:16 MYT Dalam serbuan pertama di Pasir Gudang, pihak PPM merampas 4.8 tan minyak sawit mentah dan menahan seorang lelaki berusia 37 tahun. – Adobe Stock JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api dianggar bernilai RM627,400 dalam tiga serbuan menerusi Ops Taring Landai di sekitar bandar raya ini.Komander PPM Wilayah Dua ACP Noor Azman Jamal berkata dalam serbuan pertama kira-kira 2 petang semalam di Pasir Gudang, pihaknya merampas 4.8 tan minyak sawit mentah dan menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.Advertisement “Lelaki itu ditahan ketika memindahkan minyak sawit mentah itu dari sebuah lori ke lori lain. Pemeriksaan menemukan 24 tong dram besi berisi minyak sawit mentah dan 23 tong kosong dengan anggaran keseluruhan 4.8 tan minyak sawit mentah,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM185,000 manakala lelaki terbabit yang gagal mengemukakan dokumen pemindahan sah daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia kini disiasat di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005.Noor Azman berkata dua lagi serbuan adalah membabitkan tempat penyimpanan dan penjualan mercun serta bunga api tanpa permit di Skudai dan Danga Bay. Beliau berkata dalam serbuan di Skudai kira-kira 10 malam semalam, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bersama 86 kotak mercun dan bunga api bernilai RM211,000.“Serbuan ketiga pada 12.30 tengah malam tadi di sebuah kediaman sekitar Danga Bay, PPM menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dan merampas 77 kotak mercun serta bunga api bernilai RM231,300,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.– BERNAMA Topic Berkaitan #PPM #Op Landai #minyak sawit mentah #Mercun #bunga api Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 12 minutes ago Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa 14 minutes ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung 28 minutes ago Malaysia Pasangan kekasih diperintah bela diri tuduhan edar methamphetamine 173 kg 43 minutes ago Dunia Keuntungan bersih SIA susut kepada S$505 juta 49 minutes ago Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PPM rampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api bernilai lebih RM627,000
