Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Saturday, February 14, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu by Editor 08/02/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Prof. Madya Dr. Nani Bt Draman & Prof. Madya Dr. Siti Suhaila bt Mohd Yusoff Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bagi pesakit diabetes, Ramadan sering menimbulkan dilema sama ada mereka boleh berpuasa dengan selamat, terutamanya bagi individu yang mengambil ubat-ubatan penurun gula atau insulin. Walaupun Islam memberikan keringanan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan peringkat bahaya untuk tidak berpuasa, kajian menunjukkan bahawa majoriti pesakit diabetes tetap memilih untuk berpuasa atas faktor keagamaan, kepercayaan diri, dan sokongan keluarga, walaubagaimana pun pesakit perlu tahu setiap bilangan hari yang tidak berpuasa perlu di ganti dengan membayar fidyah. Puasa Ramadan melibatkan tempoh tidak makan dan minum yang panjang dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada paras gula darah, terutamanya jika pesakit tidak membuat persediaan yang mencukupi. Antara risiko utama yang boleh berlaku ialah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi), dehidrasi serta komplikasi akut lain yang boleh menjejaskan kesihatan. Risiko ini lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang mengambil insulin atau ubat tertentu yang boleh menurunkan gula darah dengan cepat. Kawalan Diabetes Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan kepentingan penilaian kesihatan sebelum Ramadan, sebaik-baiknya 6 hingga 8 minggu lebih awal. Penilaian ini membolehkan doktor menilai tahap kawalan diabetes, jenis rawatan yang digunakan, kehadiran komplikasi dan seterusnya mengklasifikasikan risiko pesakit untuk berpuasa. Tidak semua pesakit diabetes mempunyai tahap risiko yang sama. Sesetengah individu boleh berpuasa dengan selamat, manakala yang lain mungkin dinasihatkan untuk tidak berpuasa demi keselamatan diri. Bagi pesakit yang dibenarkan berpuasa, pelarasan rawatan adalah amat penting. Dalam banyak keadaan, dos dan waktu pengambilan ubat atau insulin perlu diubah suai agar selari dengan waktu sahur dan berbuka. Tujuan utama pelarasan ini adalah untuk mengurangkan risiko penurunan paras gula darah yang berbahaya pada siang hari, serta mengawal kenaikan gula darah selepas berbuka puasa. Secara amnya, ubat antidiabetes oral disarankan untuk diambil semasa berbuka. Bagi insulin pula, pelarasannya bergantung kepada jenis rejimen dan jenis insulin yang digunakan. Lazimnya, dos insulin yang diambil semasa sahur perlu dikurangkan sekitar 25 hingga 50 peratus daripada dos asal, manakala dos insulin semasa berbuka biasanya dikekalkan seperti sebelum berpuasa. Dos insulin sebelum tidur pula disarankan diambil lebih awal dengan pengurangan dos sekitar 15 hingga 30 peratus daripada dos asal. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya tidak mengubah dos ubat atau insulin sendiri tanpa mendapatkan nasihat dan pemantauan daripada doktor. Salah Faham Masyarakat Salah satu kefahaman yang salah tetapi masih wujud dalam kalangan masyarakat ialah anggapan bahawa memeriksa paras gula darah akan membatalkan puasa. Hakikatnya, pemeriksaan gula darah melalui cucukan jari tidak membatalkan puasa dan sangat penting untuk keselamatan pesakit diabetes. Pemantauan gula darah secara berkala membolehkan pesakit mengesan masalah lebih awal dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pesakit disarankan sekurang kurangnya memeriksa paras gula darah sebelum sahur, sebelum berbuka, dan pada bila-bila masa sekiranya mengalami simptom seperti pening, berpeluh sejuk, lemah, berdebar-debar atau kekeliruan. Pesakit juga perlu memahami bahawa terdapat keadaan tertentu yang mewajibkan puasa dibatalkan. Antaranya ialah apabila paras gula darah menjadi terlalu rendah iaitu bacann kurang dari 3.9 mmol/L atau terlalu tinggi iaitu bacaan melebihi 16.6 mmol/L, atau apabila pesakit mengalami simptom yang boleh membahayakan diri. Membatalkan puasa dalam situasi ini bukanlah satu kesalahan, sebaliknya selari dengan prinsip menjaga nyawa dan kesihatan yang dituntut dalam Islam. Aspek pemakanan turut memainkan peranan penting dalam pengurusan diabetes semasa Ramadan. Pesakit digalakkan mengambil makanan yang seimbang semasa sahur dan berbuka, dengan pengambilan karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak serta sayur-sayuran. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula serta bergoreng secara berlebihan perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi antara waktu berbuka hingga sahur juga penting bagi mencegah dehidrasi. Pesakit perlu berhati-hati semasa perayaan Aidilfitri kerana pengambilan makanan manis secara berlebihan boleh menyebabkan lonjakan gula darah secara mendadak. Kesimpulannya, pesakit diabetes boleh berpuasa dengan selamat sekiranya mendapat penilaian awal, pendidikan yang betul dan pemantauan berterusan. Ramadan seharusnya menjadi bulan untuk meningkatkan ibadah dan kesihatan, bukan menjejaskan kesejahteraan diri. Pesakit diabetes disarankan berbincang dengan doktor atau pasukan kesihatan sebelum Ramadan bagi merancang rawatan yang sesuai. Dengan perancangan yang rapi dan pematuhan kepada nasihat perubatan, ibadah puasa dapat dijalani dengan lebih selamat dan bermakna. Berikan Komen Anda Di
Puasa Ramadan dan Diabetes: Apa yang Pesakit Perlu Tahu
