RESET KKM: Insurans kesihatan penyumbang inflasi kesihatan, laksana MHIT dengan waspada – Penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim Advertisement Berita RESET KKM: Insurans kesihatan penyumbang inflasi kesihatan, laksana MHIT dengan waspada – Penganalisis Irfan Faruqi 13/02/2026 | 20:48 MYT Syed Mohamed Aljunid berkata insurans kesihatan merupakan antara penyumbang kepada inflasi perubatan dalam negara. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) seperti yang diperincikan dalam kerangka RESET Kementerian Kesihatan (KKM) dengan berhati-hati.Profesor Ekonomi dan Polisi Kesihatan IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid menegaskan, insurans kesihatan merupakan antara penyumbang kepada inflasi perubatan dalam negara. “Kita harus ingat bahawa salah satu sumber inflasi perubatan ialah insurans kesihatan itu sendiri. Jika kita tidak berhati-hati. Kita bermain dengan satu entiti yang boleh makan kita sendiri jika kita tidak jaga betul-betul. “Contohnya, AS yang menggunakan sistem insurans kesihatan swasta sebagai sumber kewangan yang penting, menjadi sebuah negara yang tertinggi dari segi penggunaan sumber kesihatan sehingga 18 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya yang juga Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia.Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat. Dalam pada itu, Syed Mohamed Aljunid menjelaskan, permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan perubatan dan peningkatan harga ubatan turut menyumbangkan kepada inflasi perubatan ketika ini. Sementara itu, Konsultan Industri Ansuransi, yang juga bekas Ketua Eksekutif Munich RE, Dr. Mohd Rafick Khan menjelaskan, peningkatan kos rawatan terhadap pengguna disumbangkan oleh faktor perniagaan berasaskan keuntungan. “Salah satu aspek yang orang tidak lihat ialah kenaikan harga (perubatan) ini didorong oleh pemegang saham majoriti yang menjangkakan dividen (daripada syarikat penyedia perkhidmatan perubatan). Kalau hendak bayar dividen lebih tinggi, maka kita (penyedia perkhidmatan) naikkan harga,” jelasnya. KKM memperkenalkan kerangka RESET iaitu pendekatan seluruh negara untuk memajukan pembaharuan bagi menangani punca sebenar inflasi perubatan. Menurut kementerian itu, usaha ini menggembleng peserta dan pihak berkepentingan utama, merangkumi KKM, Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital dan klinik swasta, doktor, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang berpandukan lima teras strategik. Lima teras strategik tersebut adalah menyusun semula MHIT, meningkatkan ketelusan harga, memperkukuh sistem kesihatan digital, meluaskan pilihan yang menjimatkan kos dan menambah baik mekanisme pembayaran penyedia. Advertisement Topic Berkaitan #HOSPITAL #penjagaan kesihatan #insurans #takaful #INFLASI PERUBATAN Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 54 minutes ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 1 hour ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 1 hour ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 1 hour ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 1 hour ago Malaysia JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
RESET KKM: Insurans kesihatan penyumbang inflasi kesihatan, laksana MHIT dengan waspada – Penganalisis
