Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti Advertisement Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing Bernama 06/03/2026 | 10:00 MYT Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9430/9550 berbanding dolar AS. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Asia Barat mereda sepanjang minggu ini.Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9430/9550 berbanding dolar AS daripada 3.9415/9480 semasa ditutup pada Khamis.Advertisement Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko terus mendominasi pasaran, dengan indeks utama rendah manakala harga minyak kekal tinggi, mencerminkan persekitaran dagangan yang berhati-hati.Pada peringkat domestik, katanya keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam adalah selaras dengan jangkaan ahli ekonomi dan penggubal dasar dilihat memantau perkembangan di Asia Barat sebelum membuat sebarang perubahan kepada pendirian dasar monetari semasa.“Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya.Setakat ini, minyak mentah Brent diniagakan pada AS$85.41 setong manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat empat mata asas kepada 4.13 peratus.Semalam, ringgit ditutup 0.04 peratus lebih rendah berbanding dolar AS pada RM3.9447, selepas bergerak dalam jajaran kecil pada RM3.9305 hingga RM3.9483.Pada pembukaan dagangan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.5762/5902 daripada 4.5808/5884 semasa ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5024/5102 daripada 2.5080/5124 sebelum ini.Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding pound kepada 5.2659/2819 daripada 5.2635/2722 semalam.Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.4072/4539 daripada 12.4711/5016 pada Khamis dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0795/0891 daripada 3.0885/0938 semalam.Mata wang tempatan berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 233.2/234.0 daripada 233.1/233.6 sebelum ini dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.72/6.75 daripada 6.72/6.74.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri 18 minutes ago Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas 23 minutes ago Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti 28 minutes ago Dunia Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan 38 minutes ago Dunia Angka korban serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 123 orang 48 minutes ago Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 58 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing
