Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai Advertisement Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS Bernama 26/02/2026 | 10:00 MYT Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.8850/8960 berbanding dolar AS. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif dan dolar AS yang lemah.Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.8850/8960 berbanding dolar AS daripada 3.8900/8955 semasa ditutup pada Rabu.Advertisement Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan dalam proses menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini, yang pada masa ini pada 4.0 hingga 4.5 peratus.“Berdasarkan prestasi tahun lepas, semakan tersebut dijangka meningkat dan ini menunjukkan prospek positif,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata dasar monetari merupakan satu lagi faktor sokongan berikutan bank pusat dijangka tidak menurunkan kadar faedah dan berkemungkinan mengekalkan pendirian dasar semasanya.Sementara itu, di Washington, Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.17 peratus kepada 97.675 mata.Pada Rabu, dolar AS-ringgit berada hampir kepada paras sokongan segera pada RM3.8722 sebelum diniagakan pada RM3.8855 pada sesi dagangan petang.“Oleh itu, ringgit dijangka terus mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat berikutan prospek dolar AS yang lemah dan prospek ekonomi Malaysia yang positif,” katanya.Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.4878/4950 daripada 2.4848/4885 semasa ditutup pada Rabu, merosot berbanding pound kepada 5.2669/2818 daripada 5.2585/2659 dan menyusut berbanding euro kepada 4.5901/6031 daripada 4.5855/5920 sebelum ini.Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.4988/5418 daripada 12.5121/5374 semasa ditutup semalam, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 231.2/232.0 daripada 231.5/231.9 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.75/6.78 daripada 6.76/6.78 sebelum ini.Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0850 daripada 3.0736/0782 semalam.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion 2 minutes ago Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan 12 minutes ago Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai 21 minutes ago Malaysia Lebih 2,000 kes buli, 3,570 kesalahan jenayah berlaku di sekolah tahun lepas – KPM 32 minutes ago Malaysia Jemaah menteri penuhi KPI, laksana tugas dengan integriti – JPM 42 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 2,288 orang pagi ini 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS
